Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Tart Buah buahan Segar / Fresh Fruit Tartlet



 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Aasmalia dari Uitm Permatang Pauh untuk jamuan hariraya.

Saya ke pasaraya mencari buah buahan segar, malangnya buah strawberi tiada.  Jadi, terpaksalah saya memilih buah buahan yang sediada.  


Cermin mata hitam you......



Terimakasih banyak diucapkan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Tuesday, August 18, 2015

Blueberry Sandwish Cake

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini lagi satu kek.yg saya buatkan untuk jamuan hariraya hubby di ofis.  Kek ini siap.malam sebab menyiapkan tempahan lain.di siang hari yang kebetulan serentak tarikhnya.

 Gambar agak.malap sedikit sebab snap di waktu malam,  maklum pagi pagi hubby dah nak bertolak ke ofis.

Deko simple simple saja,  yang penting rasanya... 
Cream cheese frosting, blueberry filing, fresh blueberries, green grapes.  Yummylicious!



Harap semua menyukainya.

Sunday, August 16, 2015

Durian Crepe kembali lagi di hari rayaaaaa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lamanya tak.mengcrepe.  Sebenarnya ada byk permintaan utk crepe ini tapi sayangnya waktu itu di luar musim durian.  Manala kita nak pi cari.   Macam sekarang ini pun di tempat saya tak pula kelihatan raja segala buah ini.  Yg byk.kelihatan adalah buah cempedak.  Pernah hubby sarankan agar saya  menbuat crepe cempedak, hahaha sy tertawa lucu.  Belum pernah sy dengar lagi cempedak crepe, kalau mango crepe tu adala juga kedengaran tapi masih tak sepopular durian crepe.

 Yang ini pun sebenarnya bukan durian crepe ya, tapi strawberry crepe, hehehe gempaq saja lebih.  Sengaja saya letakkan title itu. 
Saya buatkan crepe ini atas permintaan.hubby untuk jamuan hariraya katanya.

Lembutnya bantal ini.......






Saturday, August 15, 2015

Blueberry Cheese Tart lagiiiiiii

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Buat untuk anak bawa ke sekolah sempena jamuan raya.




Baby Cheese Tart di Hari Raya

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Lamanya tak update tempahan, sekarang nak mula balik.
Tempahan  Fatimah dari Kg Pertama untuk makan makan di hari raya. Terima kasih.




Saturday, August 1, 2015

Nutella Cookie Pod






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,





NUTELLA PODS


sumber ~ The pastry chef


RESIPI A :

Bahan-bahan : DOH COKLAT
115gm unsalted butter 
100gm gula castor
1 biji telur
1 s/k garam halus 
1 s/k esen vanila
110gm tpg serbaguna 
35gm tpg beras
50gm coco powder
20gm serbuk badam




Untuk filling :


NUTELLA secukupnya

GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- pukul gula & butter hingga gebu, masukkan telur & esen vanila
- dlm mangkuk lain satukan/ayak semua bahan kering, gaulkan.
- masukkan sikit2 dlm bahan butter dh pukul gebu td hingga habis, simpan dlm peti ais tmpt biasa 30 mimit.
- panaskan oven terlebih dahulu
- bulat2kan masukkan dlm pan muffin, bakar 8-10 minit suhu 180
- keluarkan dr oven tunggu dlm seminit mcm tu, ambil penggelek tpg size kecik ,tekan di tgh2 utk jdkan lubang
- dh sejuk pipekan nutella dlm pod tu.. siap



RESIPI B :

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Kak ida osman

** 2 3/4 cawan tpg gandum 
** 1 st soda bikarbonate
** 1/2 st baking pwder
** 50 gm serbuk walnut
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula kastor
1 bj telur
1 st esen vanilla


Untuk filling :


NUTELLA secukupnya

GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- Ayak bhn brtnda **
- Putar butter dn gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tpg dn kacau rata hnga jd doh.
- Glis muffin pan. Bulat2kn doh dn letak dlm muffin pan. Bakar suhu 180, 8-10 minit
- Stlh kluar dr oven tunggu 1 minit sblm mnekan cookies td utk mmbuat lubang.
**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan**
Pipekn nutella kdlm pot bila cookies dh sejuk.



Friday, July 31, 2015

Ayam Masak Merah Utara ala Kenduri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini menu yang entah keberapa hari raya, sampai lupa dah.   Mesti masak sesuatu untuk jamuan sedara mara yang hadir walaupun dalam kuantiti yang sedikit.  Semua gambar diambil terus dari kuali panaasssss.........


AYAM MASAK MERAH UTARA ALA KENDURI
Sumber  :  Zariens

Bahan-bahannya untuk Ayam Masak Merah:
• Ayam setengah kilo - bersihkan, gaul dengan garam kunyit dan goreng.



Bhn A ( Diblend sekali):
• Bawang besar 2 biji dipotong kasar
• Bawang putih 4 ulas potong kasar
• Lengkuas 2inci dipotong kasar - gn byk sikit sbb nk rasa lengkuasnya.
• Kunyit hidup sikit je - seinci
• Halia - seinci


▪ 20 tangkai cili kering - dipotong-potong pendek, buang bijinya, rendam 2minit bersihkan dan direbus dahulu. Bila dah sejuk, cuci bersih dan blend.
▪ 3 biji tomato - dipotong kasar dan blend. Saya blend sekali dgn cili kering
▪ 1 ringgit kelapa parut - blend dengan 2 cawan air. Ambil santan pekatnya.
▪ 3 batang serai - diketuk
▪ 1 biji bawang besar - dipotong bulat
▪ 1 keping Asam keping - dicuci bersih
▪ 1 cawan sos cili 
▪ 3 sudu besar minyak masak  
▪ Garam secukup rasa
▪ Gula secukup rads



Cara Memasaknya:

♥ Mula panaskan minyak. Tumis dulu cili kering yang diblend bersama buah tomato. Biar sampai pecah minyak.
♥ Kemudian masukkan bahan A yang siap diblend tadi. Biar pecah minyak juga.
♥ Masukkan sos cili, asam keping, serai yang siap diketuk. Masak sampai naik wanggi dan jangan lupa mengacaunya. Takut nanti hangit pulak kat bawah periuk. Tak sedap pulak nanti.
♥ Masukkan santan dan tunggu sampai pekat kuahnya.
♥ Kemudian bila kuah dah pekat, masukkan ayam yang siap digoreng tadi. Gaulkan dengan sebati.
♥ Masukkan bawang yang dipotong bulat tadi.
♥ Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Rasa dulu sebelum tutup api. Kalau dah rasa semuanya cukup, boleh tutup api dan hidangkan.


Wednesday, July 29, 2015

Gulai Tulang Lembu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu di hari ke4 lebaran 2015, gulai tulang lembu dan nasi putih serta daging goreng kunyit.  Gambar semua pakai ambil dari dalam kuali sahaja, tak sempat nak letak dalam mangkuk.  In sha Allah ada masa saya update resepi daging goreng kunyit.





Resepi boleh di lihat di SINI  dan di SINI.







Tuesday, July 28, 2015

Kek Buah Kukus Terbaik Chef Zubaidah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Kek yang saya sediakan sempena hari lebaran 2015.  Sedap kek ni,  lembut dan lembab selepas beberapa hari disimpan.  Saya bakar di dalam loyang bujur seperti diatas selama lebih kurang  2 jam.


KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal  :  Chef Zubaidah Che Pa   (Buku Steamed Cake)
Sumber  :  AzieJaya,  SpiceJourney

Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas 
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 



Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.


Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 


Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.


Alas tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal (10in)