Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Thursday, December 13, 2018

Sup Ayam Pedas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,



SUP AYAM PEDAS
Sumber Resepi : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong
2 biji kentang - dipotong
1 pokok daun ketumbar - dihiris
Bawang goreng secukupnya
5 - 6 biji cili api merah - diketuk
2 helai daun limau purut
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 biji bawang besar - dihiris kasar
4 biji bawang putih - dicincang
1 in halia muda - dicincang
1 sudu makan rempah sup
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis dengan minyak sedikit sahaja bawang besar dan bahan yang dicincang hingga layu.
Masukkan rempah sup dan kacau.
Masukkan ayam, kentang dan carrot. Tuang air secukupnya.
Kacau hingga ayam dan bahan2 lain empuk.
Masukkan cili api, jus limau, daun limau, kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih.
Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan bawang goreng
Sedia dihidang.














Monday, November 26, 2018

Sup Bebola Ayam Ala Mamak

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sup yg gerenti sedap.


Sup  Bebola Ayam Ala Mamak

800gm bebola ayam ramly 
Bahan2 dihiris
1 bj bwg besar
3 ulas bwg putih
1 in halia

7 bj cili padi diketuk

Bahan2 ditumis
1 btg kulit kayu manis
3 bj buah pelaga


 Bahan2 dibancuh
3 sb rempah sup ayam 
Sedikit serbuk kunyit

Bahan2 dipotong
1 btg karrot
3 bj ubi kentang
2 btg saderi
2 bj bwg besar
2 bj tomato

2 sb tpg gandum
3sb kicap manis
2 kiub ayam knorr
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa


 Cara cara
Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis diikuti dgn bhn hiris.  Tumis hingga naik bau.

Masukkan bhn bancuh dan gaul rata.  Bila telah pecah minyak masukkan tpg gandum dan goreng rata.  Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hga bhn tdk bergentel.  Tambahkan air secukupnya utk kuah dan biar mendidih.



Masukkan bebola ayam.  Bila semua bebola ayam timbul di permukaan, taburkan garam, lada hitam dan tuang kicap manis.  .
Taburkan daun ketumbar. Siap!  


Wednesday, October 10, 2018

Stew Ayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 Stew Ayam
Resepi  : Azie Kitchen


Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4


Cara cara:

Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
 Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. 



Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan

Monday, November 5, 2012

Sup Gear Box de Pauh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Sup gear box yang terhasil dari daging korban yang diberikan oleh kakakku dan juga yang dibawa pulang oleh hubby. Sebahagiannya saya buatkan Sup ini dan sebahagian lagi saya buatkan gulai daging kawah.


Gear box ni kita dapat cuma satu ketul jer, jadi yang dalam mangkuk ni reserve khas untuk Mr hubby sebab kita tahu hubby memang suka sesangat makan gear box dan tulang temulang,.  Anak anak dengan mak anak kena menggonyeh tulang ler jawabnya, hehehe.....


Resepi sebenar adalah resepi sup tulang ala mamak dari dapur Kak Liza. Namanya saya tukar sikit jadikan Sup Gear Box de Pauh, sebab kita tinggal kat Permatang Pauh hehehe, jangan marah ya Kak Liza. 


SUP GEAR BOX de PAUH 

Bahan-bahan 
 1 kg tulang 
 2 s/b minyak makan 
 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
 4 biji kentang [belah 4] 
 1 batang carrot [potong kecil] - sy tak letak
 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan] 
 1 batang serai [ketuk] 
 2 biji tomato [belah 4] - sy tak letak
 garam bawang goreng 
 air secukupnya



bahan tumbuk 
 7 ulas bawang merah 
 3 ulas bawang putih 
 3 sm halia 
 1 s/k lada hitam



bahan rempah tumis 
 1 inci kulit kayu manis 
 2 kuntum bunga lawang 
 5 kuntum bunga cengkih 
 2 biji buah pelaga



Cara 
 1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan. 
 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis. 
 3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata. 
 4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut. 
 5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendidih. 
 6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut. 
 7. Tutup api dan masukkan tomato. 
 8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.



Bila hubby balik kerja dan bukak tudung saji.......hehehe tersengih jer melihat sup gear box tertonggek dalam mangkuk, apa lagi.............kayuh ler....

Nantikan resepi seterusnya, Gulai Daging Kawah de Pauh........ tunggu......

Sunday, December 4, 2011

Tomyam Songkhla


Salam Sabtu semua,
Tengah buat apa tu.....mesti tengah rilek rileks kan, maklumlah hujung minggu. Dah seminggu berhempas pulas di tempat kerja, inilah masanya untuk berehat. Macam saya ni berhempas pulas di dapurlah hari hari, kalau tak alamat tak makanla kami anak beranak dan takderla hidangan yang berbagai bagai kat dalam blog ni...hehehe

Hari ni saya masak tomyam. Sudah lama rasanya saya tak masak tomyam, sejenis masakan ala Thai yang agak pedas, panas tetapi lazat. Tak pasti pula darimana asal sebenar tomyam ni, mungkin selatan Thailand. Yang pastinya, rata rata penduduk Semenanjung menggemarinya especially saya di utara ni la hehehe. Boleh dikatakan sepanjang jalan di Permatang Pauh yakni sepanjang perjalanan ke rumah saya, kebanyakkan restoren atau pun gerai gerai kecil menyediakan masakan yang berasaskan tomyam dan menu standard masakan Thai seperti nasi goreng pattaya, padprik, somtam, ikan masam manis, kailan ikan masin dll. Kiranya masakan ala Thai ni ramai penggemarnya setanding masakan nasi kandar, malahan di restoren nasi kandar pun sekarang ni ada juga masakan ala Thai. Saya pernah makan tomyam di restoren Siam dimana tukangmasaknya juga adalah warga Thailand, memang masakannya jauh lebih sedap berbanding tempatan. Kuah tomyamnya saja sangat pekat seperti asam pedas, terasa segala rempah ratusnya, fuhhh kecur air liurku dibuatnya....


OK lah, berbalik kita kepada hidangan tengahari saya. Tomyam songkhla ni menepati citarasa anak kecil saya sebab ianya tak berapa pedas. Dah lama benar salin resepi ni dari rumah Nieza. Baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya. Asal resepi dari Pulut Sekaya MYR. Boleh juga tengok hasilan Hana dan Ayu yang awal awal lagi telah mencubanya. Terimakasih semuanya di atas perkongsian ini ya.

TOMYAM SONGKHLA
by : pulutsekaya.myresipi

Bahan-bahan
5 ekor udang (lagi besar lagi sedap) - sy ganti ayam
1 batang serai diketuk
1 ulas bawang merah dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
2 helai daun limau purut dikoyak2
4-5 biji cili api dipotong2/ketuk
sedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot - sy letak carrot dan btg saderi jer
1 cube ayam -(Ayu tambah) nieza pun ikut kak ayu bubuh juga
sedikit paste tomyam (nieza tambah)
1/2 biji limau nipis
1-2 cawan air ikut suka
sos ikan/garam secukup rasa-(Ayu letak kedua2nya sekali) nieza letak sos ikan saja
sedikit daun bawang dihiris

Cara-cara

Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
Sedia dihidang