Wednesday, December 30, 2015

Brownies Cheese Kukus / Steamed Cheezy Brownies

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Tahun ini  Zaheen request brownies sempena hari lahirnya yang ke 10 tahun pada 26 Disember yang lalu.  Tak jemu jemu dia dengan brownies.   Kali ini saya buatkan brownies versi kukus pula menggunakan resepi seperti di bawah.   Sangat sedap, teksturnya sungguh lembut dan lembab, tidak jemu bila menjamahnya.  Terimakasih banyak diucapkan kepada Pn Mufidah selaku penyumbangnya.
  
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.. 
1 cawan metrik = 250 ml cecair

Brownies
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda


Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. (Kalau tak nak guna blender, guna mixerpun boleh). Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
Lapisan Keju:  
(sy buat 1/2 adunan sahaja)

500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota: Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath



***********************************
Here's the English version of the recipe:
Steamed Cheezy Brownies
(Brownies Cheese Kukus)
Recipe by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Brownies mixture:
2 large eggs
1/2 cup eveporated milk (125 ml)
1/2 cup sweetened condensed milk
100 ml cooking oil
1/2 cup castor sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
To be sifted together:
1/3 cup cocoa powder
1/2 cup flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
Cheese mixture:
500 g cream cheese-softened at room temperature
140 g powdered sugar
4 medium sized eggs
1/2 teaspoon vanilla essence
Brush a 7x7 inches square pan with softened butter and line the base with 2-3 layers of parchment paper, extending over two sides of the pan. Set aside.
Place the eggs, sugar, evaporated milk, sweatened condensed milk and vanilla inside the blender jar and whizz until well blended (You can also use a mixer to mix the ingredients).
Add the sifted ingredients and whizz again until well blended. Put aside a small amount of the brownies mixture for decoration.
Pour into the prepared pan and steam over moderate heat for about 20-30 minutes until done, or bake using waterbath method until cooked.
While waiting for the brownies to cook, prepare the cheese layer. Beat the cream cheese using a mixer until softened.
Add in the powdered sugar and beat until the sugar dissolves. Add in the vanilla essence and eggs one at a time, beating well after each addition.

When the brownies layer is cooked, pour the cheese mixture onto it. Then drizzle the choc mixture that has being put aside onto the cheese layer.
Drag the tip of a toothpick through the cheese batter, swirling the chocolate mixture through the cheese layer.
Steam once again over moderate heat about 25-35 minutes or bake using steambath method until the cheese layer is set. Let cool inside the pan before hiM the brownies out of the pan.
Please store the leftover brownies inside the fridge.









Thursday, December 24, 2015

BigBob Cafe Pauh Jaya - Tempat makan sedap di Seberang Perai, Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menikmati hidangan western food yang sedap,  minggu lepas, saya dan hubby meluangkan masa bersama anak anak untuk jalan jalan cari makan.  Tempat makan pilihan kami pada kali ini ialah BigBob Cafe Pauh Jaya.  hanya beberapa kilometer dari taman perumahan Pauh Jaya, tempat tinggal kami.  BigBob Cafe Pauh Jaya agak baru dibuka kira kira 4 bulan yang lepas iaitu pada 6hb Ogos 2015. Ini merupakan cawangan kedua mereka selepas  cafe induknya di Kepala Batas Sbg Perai.


Lokasi yang amat stratejik, berhampiran pusat membeli.belah yang baru dibuka, Mydin, Politeknik Sbg Perai, Uitm, pejabat pejabat kerajaan dll.   Cafe dua pintu ini terletak di bahagian bawah Bangunan Perniagaan 3 tingkat.  Rekabentuk dalamannya berkonsepkan modern english.  Melangkah masuk ke dalam cafe ini, anda akan terpandang hasil lukisan yang kreatif pada dinding menambahkan lagi tarikan cafe.  Ruang koridor dimanfaatkan sepenuhnya dengan  menukarkannnya menjadi open air dining area (medan makan terbuka).   Jika memilih untuk duduk di sini,  anda akan dapat menyaksikan panorama malam nan indah dengan  sinaran lampu serta deruan lalulintas kenderaan.  

Sesekali anda akan dihiburkan dengan Live Busking Band, menarik bukan, saya sukakan konsepnya!  Anak anak muda pasti sukakan suasana sebegini.  Lepaking sambil pekena secawan kopi panas, sambil dihiburkan  dengan alunan muzik sentimental rock,  ahhhh fikiran ini telah menerawang entah ke mana, berpuluh tahun yg lalu,  hahaha jiwang karat pulak dah.  Tapi pada hari kami ke sana tiada live band, mungkin disebabkan pengunjungnya yang tidak begitu ramai.  Pada yang tercari cari hidangan western food sedap di Seberang Perai, Pulau Pinang, apakata anda cuba di BigBob Cafe.  Di bawah ini saya sertakan alamatnya.  Dengan bantuan pelbagai teknologi canggih yang hanya terletak di hujung jari anda, in sha Allah lokasi ini mudah untuk anda jejaki.

BIGBOB CAFE
G15 & G16
Medan Perniagaan Pauh Jaya
Jalan Baru, 13700 Perai
Waktu operasi  :  11am hingga 11pm
Tutup hari Isnin

Restoren ini telahpun ditutup pada tahun 2017

Menu beserta harganya.
 Melihatkan menunya,  Cafe ini banyak menyajikan makanan yang ala ala barat merangkumi starter, salad, sup, pasta, main course, burger n sandwich juga tapas. Terdapat juga hidangan melayu tempatan, kalau tak silap saya untuk sesi tengahari  namun pilihannya agak terhad. Saya lihat ada juga kek dan cupcake, namun dalam.kuantiti yang sedikit.


Pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih dari  sejuk, panas, aiskrim, smoothie,  jus buah buahan segar, semua ada.  Tepuk dada tanya selera!

Bagi yang ingin ke cafe induknya, alamatnya seperti berikut

BIGBOB CAFE
Western Food Restaurant
 31 Kiosk  Bertam Perdana
Kepala Batas SPU
Waktu operasi  :  12pm hingga11pm
Tutup hari Isnin
Ini keluarga hamba yang ingin diraikan.

Lagi 3 orang tersembunyi di balik sanun....


Sayangnya bujang teruna yang baru habis belajar ini tidak dapat ikut serta, sakit belakang katanya.

Semuga cemerlang dunia serta akhirat anak anakku, amin.

Mari kita lihat apa yang menjadi santapan kami sekeluarga di sana

Ini untuk Mr Hubby, Lambretta (kalau di tempat lain dipanggil Lamb Chop) kambing bahhh... Melihatkan namanya,  teringat saya pada motor skuter, adik beradik vespa dari.negara pizza heheheh
Komen hubby lepas makan
Black pepper saucenya masin,  daging pula liat!  
Tapi saya lihat habis juga dimakannya, hahaha

Anak bujangku Asyraf yang punya,  Swiss Meatball with black pepper sauce.
Komennya lepas makan 
Sedap!
Kenyang hingga tak terhabis.  Diagih agihkan sorang satu, mama n abah pun dapat merasa.  Ini pula my 2 cents opinion, jika tekstur meatball itu lembut sedikit tentu lebih sedap.


Ini AminFayyadh yang punya, sama macam hubby, Lambretta
Komennya lepas makan  :  Sedap
Hairan saya, hidangan yang sama tapi komen berbeza. Chef lain lain agaknya, atau mungkin citarasa mr hubby citarasa kelas atasan jadi standard expectationnya  agak tinggi manakala citarasa si anak citarasa golongan marhaen, hmmmm begitulah kesahnya.

Pilihan sibongsu Zaheen,  Bigbob Chicken Chop
Portion yang agak besar untuk saiz perut anak kecil saya, jadi si abang tolong habiskan.

Komen Zaheen  :  Ayamnya sedap tapi rasa kulitnya macam rasa fishball.
Mama tak tau nak komen apa sebab mama tak menjamahnya.  Apa yang boleh dikatakan  komen si anak kecil selalunya jujur.

Pilihan Aiman,  BBQ Grilled Chicken.
Komen Aiman  :  Sedap
Anak yang tak banyak kerenah dari segi pemakanan.  Kalau suka dimakannya, jika tak ditinggalkannya
Inilah pilihan si tukang karut merangkap penulis blog serta photographer,  Chicken Parmigiana.  Naik tergeliat lidah melayu ni nak menyebutnya.
Ini komen saya,  hidangan ini memang sedap, portionnya besar, memang berbaloi dengan nilai ringgit yang dilaburkan.  Ayamnya lembut dan juicy, saladnya juga menepati citarasa saya.  

Jumlah yang dibayar kali ini,  alhamdulillah, within the budget.  Harganya boleh tahan. Nak kata mahal pun tak, nak kata murah lagila tak heheheh.  Tapi yang paling penting, tiada service charge @ gst yang dikenakan.
Saya ingin memuji layanan yang diberikan di sini.  Waiter yang bertugas ramah tamah,  dengan senyuman terukir di wajahnya melayani kerenah dan pertanyaan saya sekeluarga.  Setiap pertanyaan pasti ada jawapannya.  Kata orang, malu bertanya, sesat jalan.  Jadi, jika tak tahu kenalah bertanya,  jika tak, takut nanti lain yang ditempah, lain pula yang tiba.   Nampaknya waiter di sana sangat arif dengan semua menu yang ada dan saya percaya telah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah!  Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi.

Hidangan juga tidak perlu menunggu lama, lebih kurang 20 ke 25 minit sudah siap sampai ke meja.  Alhamdulillah,  Inilah yang semua pengunjung harapkan. Tidaklah ternanti nanti, ibarat menanti buah yang tidak gugur.  Bukankah penantian itu satu penyiksaan

Rata ratanya, famili semua berpuashati dengan hidangan pilihan mereka. Tidak mengecewakan.  Berbaloi dengan harga yang dibayar.  Minuman pun sedap belaka, anak anak semua suka termasuk saya, kecuali minuman Mr Hubby, iaitu Pineapple Juice, tak ada rasa nenas katanya. 

 Kami pulang dengan hati yg gembira dan dalam kekenyangan!  In sha Allah, jika ada lebihan rezeki, kami pasti akan ke sana lagi.  
BigBob, mu tunggu aku datang lagi!!!