Monday, October 8, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ramai yang telah mencuba kek yang simple tapi sedap ini bukan. Hanya baru baru ni sahaja saya berpeluang untuk membuatnya.

Kek Lapis Cheese Persona
Sumber : Rahel
Resepi Asal : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
 500 ml susu segar,dipanaskan

 B: 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
 10 ml susu segar
 1/2 cawan gula halus


Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan


Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.


Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. Simple je!

Saturday, October 6, 2012

Chocolate Rice Banana Cake Hj Yushri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Lama juga saya tak buat ke pisang.
Freshly baked from the oven. Panassssss.....
10 biji chocolate rice banana cake ni tempahan Hj Yushri, boss hubby.
Kek ni sangat lembut, sedikit moist, lemak dan harum baunya bila dikeluarkan dari oven. Sangat enak dihidangkan bersama secawan kopi panas, hehehe....
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.