Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Thursday, April 5, 2012
Ayam Sosha Istimewa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lagi satu resepi cilok dari dapur Ayu@curlybabesatisfaction .......tapi akak cilok resepinya saja ya.
Ayuuuuuuuu ooooooo Ayuuuuuuuuuu, akak tak pernah jemu dengan resepi resepi dari dapur Ayu, kira peminat setia Ayu la ni, hehehe. Terimakasih banyak ya Ayu kerana berkongsi resepi yang sungguh, sungguh sedap ini.
Baru baru ni Ayu mengalami peristiwa yang sama macam yang blogger masak masak lain alami, gambar dan resepi dicilok sebijik sebijik. Issshhhh...lanun betui depa ni, gambar yang siap ada watermark pun depa berani cilok........sabor banyak banyak ya Ayu. Ini semua dugaan sebenarnya. Harap harap kejadian sebegini takkan melunturkan semangat Ayu untuk terus berblogging.
Oklah, jom kita semak resepinya ya....minta izin akak perpanjangkannya di sini pula ya. Harap ianya bermanfaat buat semua.
Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering
*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya
Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.
Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.
Labels:
Chicken
Tuesday, April 3, 2012
Caramel Cake Again.......
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Caramel Cake lagi......harap tak ada yang jemu ya. Semenjak dua menjak ni, kek karamel menjadi pilihan ramai.
Tempahan kali ini datangnya dari Azrina, Penang. Azrina menempah kek ini untuk ibu tersayang yang menyambut hari lahirnya baru baru ini. Kata Azrina ibunya tinggal di Kg Jawa, Jalan Baru, Perai. Dah dekat sangat la tu dengan rumah akak hehehe...
Sharp!!!. Memang right on time, Azrina sampai. Saya memang suka orang yang begini, sentiasa tepat pada waktunya sebab saya pun macam tu hehehe kecualila jika ada sebab sebab yg tak dapat nak dielakkkan.
Kali ini saya buatkan kaler merah jambu pula......nampak sweet kan..
Yang kaler oren ni, terpecah sikit di sisinya sewaktu diletak dalam bekas, harap maaf ya Azrina. Namun rasanya tetap maintain..
Lebih kurang 1/2 jam selepas ambil kek, Azrina sms berbunyi "Semua orang kata kek sedap n cantik, tq". Alhamdulillah, terimakasih semuanya diatas komen2 positif yang diberikan.
Terimakasih juga buat Azrina kerana sudi menempah dari akak.
Labels:
Cakes,
Caramel Cake,
Tempahan
Subscribe to:
Posts (Atom)