Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Wednesday, December 28, 2011
Mee Goreng Mamak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Alahaiiii.......sunyinya suasana dapur dua tiga hari ni kan. Mungkin ramai yang masih bercuti cuti Malaysia, menghahiskan saki baki cuti yang masih tertinggal tak berapa hari lagi. Ataupun mungkin juga sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak2 ke sekolah. Saya pun malas jugak sebenarnya ni, tapi menggagahkan diri juga untuk mengupdate blog yang kian suram ni.
Ni menu dua tiga hari lepas, masakan MamakHaji lagikkkssssss.........jangan jemu ya, tapi kali ni saya mencuba pula resepi mee goreng mamak. Kita baru aja cuba mee goreng mamak, Mamakhaji dah bok keluaq mee rebuih pulak dahhhhhh.....huwaaaaa....tak tahan dah jiwa ni nak mencuba mee rebus pulak, sebab mee rebus memang favourite family semua. Oklah jom kita semak bahan bahannya ya, manala tau, kalau kalau ada sesapa yang ingin mencuba. Macam biasalah resepi MamakHaji memang panjang berjela jela sebab keterangannya amat terperinci, kalau tak reti buat jugak, tak taula nak kata apa. Pes mee goreng ni macam kuah cucur udangla, kelainannya ialah pada campuran kacang dhal yang dimasak bersama. Ooooo ni rupanya rahasianya ya......hehehe
RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Sumber : Mamakhaji tks Mamak.
Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.
1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 gengam kacang dhal (paruppu)
1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.
1 cekak mee kuning.
1cekak tuageh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1?.
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair.
air garam yang dilarutkan dalam botol.
Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis…hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
Makan sepinggan mee goreng ni memang sungguh mengenyangkan, terduduk saya dibuatnya. Maunya tak kenyang, kat dalamnya ada bermacam macam campuran seperti cucur udang, tauhu goreng, kentang rebus selain mee itu sendiri. Rasanya kalau sepiring pun dah cukup.
Psssttt...MamakHaji, kalau la cheq ketuk kuali kuat kuat buat memanggil pelanggan dalam rumah cheq (macam yang mamak sarankan buat mengambil perhatian pelanggan yang berada 1 km jauhnya), macamanala agaknya ya hahahaha. Silap haribulan habis satu taman yang terkejut beruk dan terpa mai rumah cheq, ape ke halnya mak budak ni dok buat bising2 tengahari nih.....kuang kuang kuang........
Labels:
Masakan Nasi Kandar,
Noodles
Sunday, December 25, 2011
Nasi Ketumbar dan Ayam Goreng Nyonya
Assalamualaikum dan selamat petang semua,
Selamat bercuti cuti krismas semua ya. Hari ni nak paparkan projek beberapa hari lepas. Gandingan nasi dan lauk yang sungguh mantoppppp. Memang sedap sesangat nasi ketumbar ni, anak yang kecil siap suruh buat lagi, suka sangat dia bila memakannya. Rasanya ramai yang dah mencuba nasi ni kan. Saya salin resepi ni dari rumah Amie. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada semua yang bersama2 berkongsi resepi sedap ni ya. Jom kita semak resepinya pula.
Nasi Ketumbar
Resepi Asal: Q'ein@Myresepi
Sumber : Ayu, Nor, Amie, Nieza
Bahan untuk Nasi Ketumbar:
500 gram beras
3 s/b mentega (Ayu guna minyak sapi - Amie pun guna minyak sapi)
sedikit minyak - Amie tak guna minyak
1 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang daun ketumbar - kisar halus - Ayu tapis - Amie tak tapis (Amie lebihkan daun ketumbar)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara:
1. Cairkan minyak sapi dan goreng bawang hingga wangi.
2. Masukkan beras dan ketumbar kisar serta kiub ayam.
3. Masukkan air dan masak seperti biasa.
4. Apabila nasi telah kering, titiskan sedikit pewarna hijau.
5. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak, kemudian gemburkan sebelum dihidang.
Ni pula gandingan nasi ketumbar kat atas tu. Resepinya saya cilok dari rumah Ayu S'pore, terimakasih banyak ya Ayu, sedap sangat rasa ayam ni. Kalau singgah kat rumah Ayu ni, boleh juling biji mata kita dibuatnya sebab terlampau banyak sangat resepi2 yg menarik dan lain dari yang lain. Jadi, kalau ada sesapa yg sedang tercari2 resepi yg baru dan menarik, cuba cuba la terjah ke rumah Ayu.
Semenjak cuti sekolah ni, jarang sangat nampak Ayu, agaknya masih lagi berperang dengan anak anak ya sebab berebut lappy, hehehe atau bercuti cuti Singapore???. Akak kat sini pun sama juga Ayu, siap kena set time untuk tiap seorang. Lepas sorang, sorang pula, kalau tak dibuat begitu alamat akan meletuslah perang dunia ketiga hehehe. Selalunya saya setkan sejam seorang, yang lebihnya tu mamanya pulak hahaha.....
Sat nak panggil Ayu, Ayu ooooooooooo Ayu, dok buat apa tuuuuu.........hehehe. Takkan dok makan Black Magic Cake dengan mocca buttercream tu lagiiiii, terbang la mai Penang sat, kita pekena Nasi Ketumbaq ngan Ayam Goreng Nyonya pulak, edisi khas ni tau, mai jangan tak mai.
Ayam Goreng Nyonya
Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
Sources : Ayu @ Curlybabesatisfaction
Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana-(Ayu gunakan ayam dada)
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng
Sekali pandang macam Ayam Kam Heong yang pernah dicuba beberapa hari lalu. Apa appapun hidangan Cina Muslim ni memang sedap.
Bahan Perap:-
1 batang serai*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia*
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
Cara membuatnya:-
Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam & serbuk perasa. Kacau sebati.
Selamat mencuba.
Labels:
Chicken,
Nasi dan Pulut,
Rice
Subscribe to:
Posts (Atom)