Wednesday, May 16, 2012

Nasi Khabsa Daging

Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Mencuba pula suatu kelainan di dalam resepi nasi ku kali ini. Resepi nasi khabsa menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga. Resepi ni saya ambil dari blog chef merangkap novelis terkemuka tahahair iaitu Chef Norzailina. Terimakasih banyak diucapkan di atas perkongsian ini. 


NASI KHABSA KAMBING 
Bahan Nasi: 
500g daging kambing bertulang 
Air secukupnya 
2 sudu besar minyak 
2 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
3 ulas bawang putih, dicincang halus 
1 biji bawang besar, dipotong dadu 
1 biji tomato, dikisar
2 sudu besar tomato puri 
10g kulit limau kering, direndam 10 minit 
1½ sudu besar rempah khabsa*  
500g beras basmati, direndam 30 minit
½ batang lobak merah, diparut memanjang 
50g kismis



*Bahan Rempah Khabsa: 
1 sudu besar bunga cengkih 
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih 
2 sudu besar ketumbar 
1½ sudu besar buah pelaga 
1 sudu besar serbuk cili 
1 sudu teh serbuk kunyit 
2 sudu teh serbuk lada hitam 

Bahan Sos (dikisar): 
3 biji tomato 
4 biji cili hijau 
5 tangkai daun ketumbar 
1-2 sudu besar jus lemon 
Garam, gula secukupnya


Cara membuat: 
1. Untuk rempah. Goreng kering 5 bahan pertama. Bila terbit bau, angkat dan kisar halus. Campur dengan rempah lain. Simpan dalam bekas kedap udara. 
2. Rebus kambing dengan air sehingga empuk. Sukat air rebusan, tambah air biasa sehingga 900 ml. 
3. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar. 
4. Bila terbit bau, masukkan buah tomato, tomato puri, kulit limau dan rempah khabsa. Kacau 2-3 minit. 
5. Kemudian masukkan beras, air, lobak merah, kismis dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kering airnya. 
6. Letak kambing di atas nasi, tutup periuk dan perlahankan api. Setelah 10 minit, bolehlah diangkat. 



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.



Ini adalah n3 autopublish, harap maklum

9 comments:

  1. wahh.. nampak sedapp.. belum pernah rasa lagi ni...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie,
    waduh nasi khabsa, pasti sedap ni..tengok aje dah tahu sedap..kita dah lupa dah pernah cuba ke belum ya nasi ni?..heheh adehhh..

    ReplyDelete
  3. akak selalu makan di resto Saba putrajaya..nasi kabsa ni.
    Sedap :)

    ReplyDelete
  4. sedapnye. rajin sangat seh masak nasik sedap2...teringin gak nak try

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa...... dapat sesudu pun jadilah.... :))

    ReplyDelete
  6. sedapnya tgk nasi kabsa ni kak...saya kalau lauk kambing semua suka nanti nak cuba yer:)

    ReplyDelete
  7. Wattie..terliur tengok nasi khabsa daging ni..akan dicuba gak suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  8. salam kak wattie..terima kasih di atas ucapan...terharu taww...k wattie g mn plak ni siap n3 auto publish..g jenjalan ka? takpa la..kami perabih nasi arab tu na...hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak watie....
    sedapnya tengok nasi tu...

    ReplyDelete