Thursday, May 3, 2012

Rendang Ayam Minang Versi II

Assalamualaikum dan salam petang khamis buat semua,

Rendang ayam minang untuk yang kesekian kalinya...... kali ni versi kedua. Versi pertama dahulu saya buat rendangnya bewarna merah, resepi kali ni pula bewarna hijau....Sedap sangat rasa rendang ni. Resepi ini telah dicuba tak lama dulu, boleh lihat di SINI untuk bahan-bahannya ya. Terimakasih buat semuanya yang telah sudi berkongsi resepi sedap ini.




Masa versi pertama dahulu, saya gantikan cili padi dengan cili mesin, jadi warnanya menjadi sedikit kemerahan. Untuk versi kedua ni pula, saya patuh pada resepi asal, tidak menderhaka walau sedikit pun, semuanya diikut dari resepi asal. Pada mulanya saya teragak agak juga samada patut dimasukkan kunyit ataupun tidak, kerana selalunya saya lihat rendang minang warnanya samada oren ataupun kuning. Walau apapun alasannya, kejadian rendang ini memang sangat sedap.
 

Daun kunyitnya saya hiris halus, separuh saya masukkan ke dalam rendang dan separuh lagi saya taburkan sebagai hiasan.


Lihatlah hasil dari sentuhan penuh kasih sayangku........ahakssss....

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

6 comments:

  1. waduhhh duhhh...sedapnye tgk lauk ayam tu...tergugat selera skrg ni...tliur n kecur dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. Uwaaa...
    kalau ini macam punya rendang..gue bisa makan banyak ketupat palas..hehe..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Salam Wattie.. Ani kunjung balas ni n follow gak ni.. trus ada plak hidangan rendang wahh langkah kanan ni.. ;)

    ReplyDelete
  4. memalam buta singgah dapur akak ni buatkan saya lapar la kak...sedapnya tgk rendang ni..memang menyelerakan:)

    ReplyDelete
  5. Fuh...FnF tak pernah lagi makan rendang cili padi...sure pedas...terangkat gitu.

    ReplyDelete