Monday, May 14, 2012

MidNight Cheese Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Brownies keju yang marvelous ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Kata hubby buatla apa saja asalkan boleh dimakan hehehe. Hajat di hati hubby nak makan makan bersama staff staffnya kat office sempena hari lahirnya. Jadi, saya buatkan brownies keju yang special ni untuknya.


Cadang tu nak buat siang, tapi terasa malasla pulak, bila hari dah petang dan hubby pun dah terjengul depan pintu pulang dari kerja, baru terasa nak buat. Jadinya, brownies ni kita adun di malam yang gelap gelita, itu kat luar la ya, kat dalam terang benderang diterangi lampu kalimantang heheheh. Hubby temankan kita godek adunan sambil nonton tv.  Tengahmalam baru siap.


Pagi pagi lepas potong baru sempat ambil gambar, tak ada cahaya, jadi begitulah kejadian gambarnya, malap dan suram jer. Tak bolehla nak berposing sakan macam selalu sebab awal pagi hubby dah nak pecut ke tempat kerja. OKlah, jom kita semak resepinya. Resepi asal dari SINI ya.



CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies : 
250g butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bikarbonate 
1 tsp esen vanilla 

Cara-cara: 
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 

Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 

Cara-cara: 
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Selamat makan makan semuanya ya.

6 comments:

  1. sedapnya...lum penah cuba lg brownies jenis ni...mesti double sedap rasanya tu...

    ReplyDelete
  2. Bestnya cis brownie ni...bahan2nya simple..tapi semestinya enak sampai jilat jari.

    ReplyDelete
  3. mmg cheese brownies ni sgt sedap!! kalau sepotong sure x cukup.

    ReplyDelete
  4. hmmm.. apa je yang ada cheese mestilah menggoda..

    ReplyDelete