Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja pada hari ini iaitu 1hb Mei 2012, semua pekerja bercutilah ya. Dah ada cadangan nak kemana mana? Atau masih di dapur memikirkan apa juadah untuk disediakan buat sarapan ataupun minum petang seisi keluarga??? Apa kata buat sedikit kelainan dengan menyediakan tart telur portugis ini, hehehe, pasti menambat hati sekeluarga, bertambah tambah sayang sesiapa saja yang menikmatinya....
Tart telur ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Sebenarnya pastri puff itu telah lama sangat saya beli, jadi mau tak mau terpaksalah juga merajinkan diri merealisasikan impian menghasilkan tart telur portugis ini. Tengoklah hasilan saya kat atas tu, macam macam bentuk ada. Untuk kulitnya, saya potong dua pastri puff itu dan bentuknya pakai belasah aja. Malas pulak nak buang pastri puff yang berlebihan, jadi saya buat ajala ikut gerak tangan keras ini. Warna filingnya pun sedikit keorenan, mungkin disebabkan saya gantikan whipping cream dengan susu cair. Tapi rasanya memang sedap. Resepi ini saya ambil dari rumah : CMG. Resepi asal dari majalah RASA. Terimakasih semuanya ya.
PORTUGESE EGG TART
BAHAN-BAHANNYA :-)
Kulit puff pastry secukupnya
200 ml whipping cream
50 ml air 40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)
1/2 keping keju chesdale, disiat2
1 camca teh esen vanilla
1 titik pewarna kuning
Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hingga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.
Alamak!!! Kesilapan tak disengajakan. Jangan betulkan TV anda.... Inilah padahnya bila membuat n3 autopublish, sepatutnya n3 ni publish pada 1hb Mei, ni dah nak masuk 1hb Jun baru dia keluar, hahahaha.....lucu pulak jadinya, maaf ya kengkawan semua...
terkejut sekejap baca sempena cuti hari pekerja...hehe... sedap Portuguese egg tart ni...ada keju lagi tu...mesti berganda kesedapan nih
ReplyDeleteSedapnya!
ReplyDeleteEh cuti 1 mei! Terkejut jugak nih. Hehe..
Cumilnyaa.... sekali pandang macam telur kuning half cook kat bahagian tengah tu hehhe.. bila tenung lama2 terus kecurr dah pulak...
ReplyDeleteEh... macamana ni Wattie... keliru kejap! Apa pun PET tu cantiklah... ku hanya mampu menjilat jari melihat PET dikau...hu hu huuuu kejammm!!!
ReplyDelete