Monday, February 7, 2011

Skewer Udang / Satay Udang



Salam semua,
Masa menonton rancangan Sarjan Saji, Chef Kamarul menyediakan skewer udang atau juga dipanggil satay udang ini. Senang sangat cara menyediakannya. Nampak pun macam sedap, jadi hari ni saya try buat.



Memang sedap skewer ini, makan panas panas bersama sosnya, tapi saya tak buat sosnya cuma cicah dengan sos cili saja.



Kepada yang inginkan kelainan di dalam menyediakan juadah satay, resepi udang ini memang sangat molek untuk dicuba. Di bawah ni saya letakkan resepinya, salin pakai agak2 aja sebab tak sempat. Kepada yang ingin mencuba pandai pandai la korang adjust ya.

SKEWER UDANG / SATAY UDANG

Bahan-bahannya
15 ekor udang saiz sederhana
2 sb tepung gandum
1 biji telur - dipukul sedikit
Bijan dan biji sawi secukupnya (digaul rata)
Lidi satay
Sedikit serbuk paprika, lada sulah dan garam

Cara-caranya

1. Udang dibuang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya sahaja.
2. Taburkan serbuk paprika, lada putih, garam dan gaul rata.
3. Cucuk pada lidi satay secara memanjang.
4. Celup udang ke dalam tepung, kemudian ke dalam telur dan terakhir ke dalam bijan dan biji sawi yang telah digaul rata.
5. Goreng di dalam minyak terendam hingga warna kuning keemasan.
6. Sedia dimakan bersama sos.

Sos Cicah Skewer Udang - sy tak buat sos ni
1 batang bunga kantan
3 sb soso cili
3 sb sos tomato
1 1/2 sb sos cili thai
1 1/2 sb minyak bijan

Cara-caranya
Panaskan minyak dan masak semua bahan. Jika pekat boleh ditambahkan air.

No comments:

Post a Comment