Saturday, February 19, 2011

Ayam Ungkep



Salam semua,
Hari ni tetiba aja terlintas dalam hati ni nak masak ayam masak ungkep, padahal tak salin pun dari mana mana lagi. Jadi, tak mahu nak menghampakan hati sendiri,
saya punj google la kat internet cari resepi tu. Dan terjumpala kat MYResepi, resepi sumbangan FidaDaud. Kata orang masakan ni masakan orang Jawooo. Kalau menu jawo ni
kenala tanya orang orang yang dok kat selatan nunnn, mesti depa pandai, kalau tanya kita yang kat Penang ni, nasik kandaq sajala yang kita tau………hehehehe. Baguih jugak cuba resepi ni untuk sesuatu yang berlainan.

Senang sangat masak ayam ni, ringkas jer bahan bahannya tapi sedap. Anak yang kecil pun boleh makan sebab tak pedas langsung. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi.


Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan ( 10-12 orang )
1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

3 biji ubi kentang - dipotong wedges dan digoreng - yg ni saya tambah



Cara-cara
Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air. Gaul lagi.
Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat. Terakhir, masukkan ubi kentang goreng dan gaul rata.

P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

3 comments:

  1. mas pun dah try ayam ungkep ni...
    sedapp kan kak..

    ReplyDelete
  2. Nampak macam ayam percik jer, ye ke? Tak pernah dengar ayam ungkep ni... Bagus jugak satu kelainan dalam sajian harian kita ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    Memang sedap banget ayam ni Mas, rasa cam nak buat lagi....

    Salam Shasha,
    Yang ni spesel sikit, lain dari yg lain. Klu buat catering elok la buat sedikit kelainan....baru customer suka

    ReplyDelete