Wednesday, February 9, 2011

Kek Ubi Kayu



Salam semua,

Semalam, buat kerja kerja perkebunan sikit kat belakang rumah. Adala sikit tanah sekangkang kera untuk bercucuk tanam. Saya tanam sedikit sebanyak pokok2 keperluan masakan saya sehari hari seperti pokok kari, pokok serai, pokok limau purut, pokok kunyit, daun pandan dll. Alhamdullilah, semua pokok yang ditanam menjadi dan tumbuh. Ada gak jiran jiran kiri kanan dan yang jauh datang mengambik daun daun ni. Syukur, alhamdullillah, dapat juga pokok pokok ni berbakti untuk masyarakat setempat. Ada yang siap wat masakan berniaga lagi……..Tak apala, ambik la selagi pokok itu masih hidup, saya tak kisahpun, mmg niat tanam pun untuk kegunaan semua orang. Jangan ambik dengan pokok2nya sekali udahhhhh hehehehe.

Pokok ubi kayu pun salah satu yang ditanam jugak. Nampak tanah merah dah merekah kerana ubi menonjolkan dirinya. Jadi saya pun suruh la hubby cabutkan, takut kalau lama lama nanti jadi kayu lak, langsung tak leh makan. Alahai, bila cabut dapat la sebiji yang besar dan dua lagi kecik kecik, itupun yang besar tu dah nak jadi kayu dah…… Sebenarnya batang pokok ubi kayu ni diberikan oleh jiran berhampiran jugak sebab katanya ubi kayu tu ubi kayu pulut, liat dan sedap jer bila memakannya.



Ubi kayu ni saya buat kek sebab pernah ternampak ada orang wat kek ubi kayu. Saya gunakan resepi kek ubi kentang dari dapur Izah untuk menghasilkan kek ubi kayu ini. Derhaka la jugak kat resepi tu sebab saya pi tambah ovalette dan baking powder. Lembut dan sedap aja kek ni. Terimakasih kepada tuanpunya resepi dan Izah kerana sudi berkongsi resepi ni.

KEK UBI KENTANG - DAH JADI KEK UBI KAYU

Bahan2:
250gm kentang (direbus dan lenyek) - sy ganti dengan ubi kayu
250 susu segar
4 bj telor
200 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
50 gm butter dicairkan
saya tambah sedikit essence vanilla
1 sb ovalette dan 1 sk baking powder - yg ni Kak Wattie tambah

Crumble: (saya tak buat yang ini)
1 cwn gajus
1/3 cwn gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 cwn butter
1/3 cwn tepung
Satukan semua bahan dlm mangkuk dan gaul sebati




Cara:
1. Kentang digaul dgn susu sehingga rata
2. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung, butter dan adunan kentang, kacau rata dan sebati
3. Masukkan separuh adunan ke dlm loyang 9x9, taburkan separuh crumble dan tuang lebihan adunan lagi dan akhir sekali taburkan lebihan crumble tadi
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga kuning pada suhu 180C

No comments:

Post a Comment