Tuesday, July 7, 2015

Resepi Berbuka Puasa 13 - Puding / Agar Agar Tembikai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Inilah Puding hasil kerastanganku.  Banyak resepi puding tembikai yg digoogle  tidak dimasukkan isi tembikai ke dalamnya.  Jadi saya olah sendiri resepi ini dengan memasukkan isi tembikai bagi memenuhi permintaan anak2.  Alhamdulillah, percubaan saya berjaya dan rasanya juga lembut dan sedap.


PUDING TEMBIKAI

Bahannya:
750ml susu kotak Full Cream/low fat 
I paket serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
 2 cawan isi buah tembikai (blend bersama 250ml susu segar)
Sedikit pewarna merah
Sedikit chocolate chips



Caranya:
Didalam sebuah periuk, masukkan 750ml susu,  gula dan  serbuk.agar2, kacau rata.
  Panaskan campuran tadi hingga larut dan mendidih.
Asingkan anggaran satu lapisan  agar2 yg telah dimasak  dan masukkan pewarna hijau,  kacau rata dan tuang ke dlm acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.  Masukkan ke dlm petisejuk dan biar sehingga agar agar mengeras.  
 Keluarkan dari petisejuk, cakar permukaan agar2 hijau tadi dgn garfu dan tuang pula selapisan adunan asal dan masukkan ke dlm petisejuk semula dan biarkan agar agar mengeras.



  Sementara itu, campurkan kisaran tembikai ke dlm lebihan agar2 yang telah dimasak tadi.  Tambah pewarna merah, kacau rata dan panaskan semula sehingga mendidih.

Keluarkan agar2 dari  petisejuk, cakar sedikit pada permukaannya dan tuangkan agar2 bewarna merah hingga habis.  Biarkan suam sedikit.  Kemudian taburkan chocolate chips pd permukaan agar2 sebagai biji tembikai.   Sejukan dlm petisejuk.




Untuk puding ini, saya menggunakan 2 buah loyang segiempat tepat bersaiz 7in x 3.5in x 3.5in.  Hasilnya,  puding jadi tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis, sedang2 aja.  Senang untuk dipotong dan dihidangkan.



1 comment: