Thursday, July 9, 2015

Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies Recipe -



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua,
Kini tibalah masanya  untuk paparan biskut raya pula.  Ini biskut raya pertama yang saya buat untuk tahun ini.


BISKUT RED PEARL
Resepi Asal  :  Jaja FnR

Bahan-bahan ( 60-65 biji bergantung pada saiz jemputan )
  • 150g butter, suhu bilik 
  • 150g tepung gandum
  • 75g gula kastor 
  • 60g cornflakes 
  • 50g coklat chips
  • 25g almond nibs 
  • 1st esen vanila 
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
  2. Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb.  Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu.  Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)

  1. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
  2. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah.



1 comment: