Wednesday, July 15, 2015

Resepi 5 Biskut Semprit Dahlia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Saya bukanlah penggemar biskut ini,  tetapi saya suka melihat bentuk bunganya.  Saya buat beberapa adunan sebagai memenuhi permintaan  adik bongsu saya yg sangat gemarkannya.


BISKUT SEMPRIT DAHLIA
Sumber  :  CMG 


BAHAN-BAHANNYA :-) 

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) 
160 g gula aising
2 kuning telur 
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum* 
100 g tepung jagung* 
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 


CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


No comments:

Post a Comment