Sunday, July 12, 2015

Resepi 3 Biskut / Kuih Makmur Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kuih kegemaran saya sejak kecil.  Kuih ni mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan.  Mula mula saya gentel bulat bulat saja, tapi rasa lambat pula nak habis.  Jadi saya masukkan dalam acuan kecil macam di bawah ni, cepat sikit jadinya.


Kuih makmur
Sumber  :  MybakingWorkshop

Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi

B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster

C
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2:

1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.
4. Angkat  biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.













1 comment:

  1. salam singgah kak watie.. lama x singgah sini.. selamat hari raya buat kak watie n family maaf zahir batin.. wani pun sampai tak terbuat kuih makmur ni tahu lambat huuu..

    ReplyDelete