Friday, November 23, 2012

Nasi Ayam Panggang Halia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Menu nasi ayam kembali lagiii............ Dalam seminggu dua kalau tak buat nasi ayam,  mesti terasa rindu, mesti nak buat hidangn yang berpasang pasangan.   Walaupun saya mengambil tempahan membuat kuih muih, kek dan sebagainya,  namun memasak tetap menjadi aktiviti wajib yang perlu saya laksanakan  setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, kira cutila tu......hehehe makan luar ataupun tapau.......

Selalunya selepas saya memasak untuk hidangan seisi keluarga, barulah saya mulakan aktiviti memenuhi tempahan pelanggan.  Kalau tempahan agak berlebihan dari kebiasaan, maka saya akan mulakan lebih awal.  Terkadang tu buat dua, tiga kerja serentak, memasak, membaking, mencuci kain dan sambil sambil tu melayan kerenah anak anak yang berbagai bagai yang nakkan itu dan ini.   Masa ni  suasana kat dapur macam tongkang pecah jadinya, meja penuh dengan barang barang, macam tak cukup ruang pulak jadinya, maklumla rumah kita pun kecik aja, kalau masuk ramai ramai kat dapur mulala nak berlaga bontot hehehe.  Bunyi bunyian apatah lagilah, mana suara hiruk pikuk anak anak, bunyi periuk belanga, bunyi mixerla, blender la, bunyi mesin cuci kain la.  Kalaula tetiba ada tetamu datang masa ni, huhuhu........alangkah tak taunya  mana gua nak sorok muka gua yang tak berapa nak cun ini..........huhuhu...

 Hanya pada waktu tengahari baru boleh rehat sebentar, itupun kalau tak banyak kerja,  terkadang tu terlelap juga tapi tak boleh lama lama, kalau lama terus jadi lemau dan malassss.....langsung satu kerja apapun tak jadi, hehehe.  Sebelah petang pula mengutip kain yang kering, melipat dan menyapu sana sini sedikit sebanyak.   Terkadang tu penatnya Tuhan saja yang tahu, tapi kita  abaikan aja segala kepenatan dan kepayaha itu demi untuk keluarga tersayang.   Kalau kita yang tak membuatnya siapa lagi.........yer dak, sabo ajela.....


Oklah, berbalik kita ke resepi untuk hari ini.
Saya masih lagi mengekalkan resepi nasi ayam Chef Wan yang boleh dilihat di SINI  atau  di SINI.  Resepi ini antara yang menjadi kegemaran saya kerana sangat mudah untuk disediakan.  



Cuma ayamnya saja saya gantikan dengan resepi Ayam Panggang Halia Chef Hanieliza. Resepi ayam panggang tersebut saya skodeng dari rumah UmmiKuantan. Terimakasih banyak buat Ummi dan Kak Liza. 

 AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA 
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012) 
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home 

 Bahan Utama:- 
 1 ekor ayam (saiz sederhana) 
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu kecil gula 
1 sudu besar minyak masak 
garam secukup rasa


Bahan Kisar:- 
 4 inci halia 
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas) 
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar) 
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup) 
3 tangkai cili merah


Cara Memasak:- 
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*saba perap 3 jam). Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. Hidangkan bersama salad dan timun.


Yang ni reserve untuk Mr Hubby....


Anak anak suka sangat dengan ayam ni, bertambah tambah diorang makan, suka saya melihatnya.  Yang si kecil Zaheen, siap beritahu......."mengapa mama masak apapun selalu sedap"......hehehe.... Nak tergelak saya dibuatnya...... Kadang kadang tu siap buat thumbs up lagi.....hahaha,  pandai sungguh dia mengambil hati ibunya........


Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie,
    gitulah rutinnya sebagai suri rumah, rumah Amie bukan lagi macam tongkang pecah, sudah jadi kapal karam! Mengemas, menyapu, mengemop, mencuci pakaian pun kena gotong royong! Tak apalah Wattie... kebersihan itu sebahagian daripada iman, jadi sudah tentunya segala niat baik yang diparktikkan itu akan dapat ganjarannya...
    Apa pun menu yang Wattie hidangkan hari ini memang nampak sangat lazat! Nasi ayam tak pernah menjemukan!

    ReplyDelete
  2. salam rindu k wattie....sama la cm dapo sy...buat kek sebiji pon mcm haru biru..blom lg bukak kedai kek..hahaha

    ReplyDelete