Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sup gear box yang terhasil dari daging korban yang diberikan oleh kakakku dan juga yang dibawa pulang oleh hubby. Sebahagiannya saya buatkan Sup ini dan sebahagian lagi saya buatkan gulai daging kawah.
Gear box ni kita dapat cuma satu ketul jer, jadi yang dalam mangkuk ni reserve khas untuk Mr hubby sebab kita tahu hubby memang suka sesangat makan gear box dan tulang temulang,. Anak anak dengan mak anak kena menggonyeh tulang ler jawabnya, hehehe.....
Resepi sebenar adalah resepi sup tulang ala mamak dari dapur Kak Liza. Namanya saya tukar sikit jadikan Sup Gear Box de Pauh, sebab kita tinggal kat Permatang Pauh hehehe, jangan marah ya Kak Liza.
SUP GEAR BOX de PAUH
Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil] - sy tak letak
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4] - sy tak letak
garam
bawang goreng
air secukupnya
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendidih.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
sedapnye...mkn ngan bihun n sambal hitam..
ReplyDeletewowww...gear box..nmpk sedap..tp QH xmkn..hehe
ReplyDeleteAssalam kak wattie,
ReplyDeletekita gear box ke black box ke..tak reti makan..tau makan supnya aje..
heheh..tapi suka tengok kalau hubby makan ni..
sy tak pandai mkn sup gear box... tp nih feveret hubby nih...
ReplyDelete