Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Durian Crepe in the hausss......
Alkisah tersebutlah ceritanya. Selepas beberapa hari n3 mengenai durian crepe versi corn crepe ala ala ketayap yang saya buat tersiar, ada beberapa orang hambaAllah yang bertanya samada saya ada mengambil tempahan crepe ni ke tidak. Mula mula sorang sms, kemudian masuk 2 orang, lepaih tu jadi 3 orang. Hmmm, kena amik orderla nampaknya ni.
Sebenarnya, durian crepe ni tak termasuk langsung dalam senarai produk yang ingin saya jual,....kerana saya di sini tidak makan durian, tapi disebabkan permintaan yang boleh dikatakan agak tinggi, maka saya pun cuba cuba la mengcrepe dan menahan bau durian yang semerbak harum baunya ini.
Beginilah rupa pek jualan durian crepe yang pertama saya.
Dua warna pilihan untuk pek pertama, hijau dan kuning. Ini adalah pek promosi ya......
Durian Crepe ini dibuat sebagai memenuhi tempahan daripada Mohd Haris n Nana dari Carrefour Sbg Jaya, Mastura dari Eon Credit dan Fatimah yang menunggu masa untuk melahirkan dari Kampung Pertama. Sempat juga Fatimah merasa durian crepe ni....alhamdulillah.
Terimakasih banyak kepada semuanya yang telah sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Kesian dia menahan harum semerbak durian.... apa pun rezeki tu Wattie he he he ehh
ReplyDeletenak order jugaaak.... T_T
ReplyDelete