Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Fenomena durian crepe yang melanda blog masakan nampaknya masih lagi berlanjutan sehingga kini. Rata rata blog masakan pasti ada paparan durian crepe. Hinggakan saya yang tak pernah menjamah durian pun begitu teringin sekali untuk mencubanya.
Maka terhasillah durian crepe versi jagung dalam tin ini. Malangnya saya tersilap teknik membalut crepe ini. Sepatutnya saya letakkan intinya di tengah tengah kulit crepe sewaktu proses membalutnya tetapi saya tersilap kerana meletakkan intinya di tepi dan membalutnya seperti membuat kuih ketayap, huhuhu..... Walaubagaimanapun, resepi ini memang sedap, kulitnya pun sangat lembut. .
Sumber resepi dari blog Zu. Terimakasih ya.
DURIAN CREPE (CORN CREPE)
BAHAN BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan
1 sudu besar butter di cairkan
2 sudu besar gula halus @ castor
CARA CARA
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianya berketul. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama sahaja. Masukkan sesenduk dan ratakan menggunakan belakang senduk @ lenggangkan kuali. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak.
FILLING
2OO gm non dairy whipping cream ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnya
FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.
250 gm whipping non dairy ~ putar kental
*
Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.
**
boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin
Mungkin akan cuba lagi di lain kali bagi hasilan yang lebih memuaskan.
kak watie tak cuba jual crepe doyan ni ke?
ReplyDeleteSalam Kak Wattie..betul tu..sekarang betul2 fenomena doyan crepe melanda..sana sini pasti dok tayang ni..sampaikan saya pun dah mula terguda nak mencubanya....
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah k.Wattie
ReplyDeletemmg musim crepe doyan skrg....sy dok jauh ni jamu mata saja...doyan tak da.
Wah mengamuk sakat DC he...he...esok akak nak buat permintaan seisi keluarga
ReplyDeleteHe... lawanya crepe durian versi Wattie ni...cantik!
ReplyDeleteBlog lain ada paparan CD tapi blog Amie tak ada... tak musim durian kat sini, kalau beli pun mahal... tu pun tak sempat buat apa, terus masuk mulut he he he hehh