Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pekabar semua?? Sihat???. Semuga semuanya sihat sihat saja ya. Minta maaf bebanyak kerana sejak kebelakangan ini saya jarang membuat kunjungbalas maupun blogwalking ke rumah rakan rakan alamaya. Kebanyakkan n3 saya adalah autopublish. InsyaAllah, jika waktu mengizinkan saya akan bergerak semula.
Resepi untuk hari ini saya ambil dari buku Bijak Memasak, nukilan Chef Norzailina Nordin. Dah lama benar beli buku ni, tapi baru hari ni kita berkesempatan untuk mencubanya. Ayam masak merah Chef Norza kali ni ada campuran rempah kari, serbuk kunyit dan lada hitam. Resepi yang agak berlainan dari ayam masak merah yang pernah saya cuba sebelum ini. Rasanya pun agak berlainan juga. Kepada yang ingin mencuba kelainan di dalam masakan ayam, dibawah ni saya perpanjangkan resepinya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk semua. Resepi ni untuk 3 ekor ayam ya, jadi pandai pandailah bahagikan untuk 1 ekor, itupun kalau nak masak untuk 1 ekor, kalau nak makan ramai ramai, boleh aja ikut resepi ni.
AYAM MASAK MERAH CHEF NORZA
Bahan Bahan
3 ekor ayam - dipotong 12-15
garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan serbuk rempah kari
2 sb serbuk kunyit
2 cawan sos tomato
1 tin kecil tomato puri
1.5 - 2 liter air - untuk empukkan ayam
6 labu bawang besar - dibelah 4 dan dihiris nipis
minyak untuk menggoreng secara terendam
garam dan gula secukupnya
Bahan bahan penumis
4 batang kulit kayu manis
12 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
10 kuntum bunga lawang
Bahan bahan dikisar
18 biji cili merah
12 biji cili hijau
30 biji bawang merah
20 biji bawang putih
12 cm halia muda
3 sb ketumbar - disangai
1 1/2 sb jintan manis - disangai
1 1/2 sb jintan putih - disangai
Cara membuatnya
1. Perap ayam, garam, lada hitam, rempah kari dan kunyit selama 30 minit. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Keluarkan kecuali 1 senduk minyak. Tumis bawang besar dan bahan bahan penumis. Kacau selama 1-2 minit.
sodapnya le haii ayam masak merah...
ReplyDeletedpt lak nasi minyak ke...perghhhhh!!
Assalam kak wattie,
ReplyDeleteaduhai sedapnya tengok lauk akak ni..ni lauk ayam masak merah lain dari yang lain ni..pasti terangkat ni kak!!
nmpk sggh myelerakan n sedap ayam masak merah tu..mcm menu pgantin la pula..hihi
ReplyDeleteTak rugi tiap kali datang sini... mesti hidangannya menggoda selera, berkilat2 kuahnya! Mmmmmmm.... sedapnya rupa ayam masak merah tu Wattie! Dah kenyang ni, nak berenang balik Lahad Datu malam ni jugak...
ReplyDelete