Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubharak


Salam buat semua,
Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubharak kepada semua rakan rakan blogger yang beragama islam di mana saja anda berada. Semuga kita dapat melipatgandakan pahala dengan beramal di bulan yang mulia ini, insyaAllah. Kad ucapan ini saya titipkan istimewa buat anda semua.

Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak sempat membuat kunjungan balas rakan rakan semua disebabkan lappy yang mengalami sedikit gangguan selepas beberapa hari berada di kedudukan "safemode" sekaligus meminimakan akses saya. Alhamdulillah, setelah hampir seminggu dihantar untuk dibaikpulih, lappy ini kembali beroperasi seperti sediakala, kalau tak boleh meroyan saya dibuatnya. Mujur juga ada 3 n3 yang telah saya masukkan terlebih awal. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada rakan IT hubby yang sudi meluangkan sedikit masa beliau untuk menjenguk masalah yang dihadapi oleh lappy buruk saya ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan membuat kunjungan balas.


4 comments:

  1. Selamat berpuasa Kak Wattie, smg Ramadhan ini lebih bermakna.

    ReplyDelete
  2. kakwatie....selamat menyambut ramadhan almubarak buat akak sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  3. Salam K.Wattie..slmt menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa buat semuanya ya...

    ReplyDelete