Wednesday, July 13, 2011

Spiral Curry Puff - Karipap Pusing


Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ni? Harap semua diberikan Allah kesihatan yang baik ya. Nampak serius aja tu dok mengadap pc, senyum la sikit, kan ker senyum tu satu sedekah, murah rezeki tau.... Terdengar dengar lagu Senyum yang kian kerap diputarkan di stesen stesen TV. Senyum....tak perlu kata apa apa, senyum..... Kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali, sama sama kita senyum, dunia tiada penyakit.. Haaaa...kan ke manis bila dipandang cam tu.

Alahai, melalut pulak ni. Jangan buang masa, jom kita tengok apa projek yang saya buat semalam.


Taraaaa..... karipap pusing keluaran WHM. Hari ni saya mengaripap la pulak. Rakan rakan blog yang lain banyak yang meroti, jadi bila tukar channel ke WHM, tak ler jemu sangatkan sebab kat sini saya mengaripap. Mai tengok hasil karipap saya. Kejadian karipap saya tak berapa elok sebab saya tak pandai mengelim, selalu buat pakai acuan plastik aja. Teringat dulu dulu pernah buat, bila dicanai tak jadi pulak jalur gemilangnya, semuanya bercampur sekali, jadila karipap biasa aja padahal kita nak buat karipap pusing. Alhamdulillah, kali ni agak menjadi.

Sebenarnya buat karipap ni sebagai memenuhi tuntutan anak kecil saya Zaheen. Beberapa hari yang lepas, kat tadika ada celebrate birthday party rakan sekelas dan ada karipap yang disajikan. Wahh.....apalagi, Zaheen suka sangat makan karipap. Bila balik, masuk aja dalam kereta terus dia bercerita panjang pasal party tu dan juadah yang disajikan. Spontan juga dia berkata nanti mama buat karipap ya. Sebab kerap sangat si kecil tu mengingatkan, maka saya pun uli la karipap ni.


Resepinya boleh juga dilihat di SINI. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada empunya resepi.

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.


Tekstur karipap ni sangat gebu, rangup dan rapuh, thumbs up gak!!! jangan jealous hehehe.. Untuk intinya saya guna ubi kentang, rasanya sedap sangat.

13 comments:

  1. Salam K.Wattie..cantiknya karipap pusing akak nie!tgk gambar pon dah tau mmg sedap!Rajen akak buat,nanti htr kat atie 1 tapaware yer..hihi

    ReplyDelete
  2. cantik karipap kak,sy 1st time buat jadi 2nd time fail pastu terus tak buat dah hahahah majuk

    ReplyDelete
  3. wahhh..jd cantik lapisan dia.. tun penah wat sekali, tp x jadi cantik lapisan dia.. hehe

    ReplyDelete
  4. wattie,
    lama sangat tak buat karipap pusing dekat 20 tahun!... lupa dah macamana nak pusing2 dia....

    ReplyDelete
  5. comelnya karipap tu pusing2 ,,x pernah buat karipap hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya rupa paras kripap watie ni...
    geram jer nak ngappp...

    ReplyDelete
  7. cantiknya karipap pusing tu... nampak sgt rapuh... suka makan karipap yg mcm nie... sedap

    ReplyDelete
  8. salam K.wattie..cantiknya karipap pusing..yana suka mkn karipap cani tp nk bt xpandai hehee

    ReplyDelete
  9. Azatie,
    Wsalam. Memang sedap karipap ni Atie.

    Chik Mimi,
    Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya, jangan merajuk lagi ya Mimi, nanti cuba lagi..

    Tun,
    Akak pun baru kali ni aja menjadi sikit, sikit aja...

    Amie,
    Akak pun jenuh google gak nak cari cara buatnya, finally jumpak juga, alhamdulillah

    Wani,
    Tu resepi dah ada, leh la try buat

    kasihredha,
    Mai la Penang kalau nak rasa....

    Diana,
    Memang tak dinafikan kesedapannya hingga berulang banyak kali hehehe

    Yana,
    Wsalam. Kalau buat selalu, nanti pandaila tu Yana..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum K.Wattie, berlapis2 cantik karipap pusing tu...mcm puff pastri.anak2 sypun suka karipap tp sy kurang rajin nak nguli.
    baca kisah k.Wattie kat award di bawah mcm baca kisah cerpen,pandai k.Wattie bercerita.paling suka part yg k.Wattie cabut dr office masa staff nak gaji..tak boleh bayangkan camna kelam kabutkan org dok tunggu gaji...

    ReplyDelete
  11. Salam kak watie, terima kasih dtg blog saya. hehe.. suka betul ngan karipap tp x pernah lagi buat karipap pusing. selalu buat yg biasa tu je. nak cuba jugaklah satu hari nnti. tq kak. :)

    ReplyDelete
  12. cantekla, saya sampai la tak penah buat karipap pusing. tak reti. makan suke.

    ReplyDelete
  13. Mamasya,
    Wsalam. Jarang nak dengar org tak suka karipap kan? Hehehe, tetiba jd pengarang cerpen lak, cerita realiti tuh.... Bila teringat balik apa yg dah Kak Wattie buat tu, tergelak sendirian la pulak

    Asmara,
    Wsalam. Bersama2lah kita saling kunjung mengunjungi. Tkasih sudi singgah blog akak juga ya

    Momma,
    Alaaa senang aja sebenarnya, cuba uli tengok, insyaAllah jadi, klu tak jadi buat lagi dan lagi...

    ReplyDelete