Tuesday, July 12, 2011

Award dan Tags


Salam dan selamat petang semua,
Nampaknya demam award dan tag mentag dah melanda blog balik. Sebenarnya dua hari lepas dah ternampak kat chat box, Amie suruh bawak bakul angkut hadiah istimewa daripadanya....hmmmm dah sah sah la ni seperti yang bermain di kotak ingatanku, buat buat tak nampak sat hehehe, jangan mare. Alih alih semalam ternampak pulak Ayuyg vogue dr S'pore nun dan Yana yang cute dekat Kepala Batas dok lambai lambai suruh amik award yang sama. Hari ni pula, nampak Nieza yang glamer dok nun di Finland pos mai award tu jugak. Huwaaaa.....mana gua mau lari......terpaksala buat juga assignment yang dah diberikan.

Sebenarnya, saya ni tak la pandai sangat mengarang cerita dan berbahasa indah, sebab tu bila dapat tag cam ni, rasa cam ragu ragu aja bila nak menulis. Walaubagaimanapun, saya cuba buat yang sebaiknya buat tatapan teman teman bloggers semua. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada semua yang masih sudi meletakkan diri saya di dalam ruang ingatan kalian semua. Semuga dengan adanya award dan tag mentag sebegini dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim kita sesama insan.

Award ni didatangkan khas bersama tag2nya sekali, jadi sebelum gantung award tu, kenalah buat tugasan kat bawah ni dulu. Jom kita tengok apa tugasannya...

7 PERKARA YANG ORANG BELUM TAHU TENTANG DIRI SAYA :

1. Saya dilahirkan dalam bulan April tahun 1966 di sebuah kampung kecil bernama Kampung Jawa, Butterworth, Pulau Pinang. Saya anak ke 7 dari 8 orang adik beradik, 4 lelaki dan 4 perempuan. Rasanya ramai yang masih menyangka saya ini muda belia, hehehe, dah nak separuh abad dah sebenarnya saya ni. Kepada sesiapa yang saya terpanggil kakak atau yang sewaktu dengannya padahal mereka tu adik, minta maaflah ya, kesilapan tak disengajakan, sila betulkan saya.

2. Saya mendapat pendidikkan awal dari Sek Ren Convent, Jln Sg Nyior, Butterworth. Kemudian menyambung ke peringkat menengah di Sek Men Convent, Jln Chain Ferry, Butterworth. Selepas gagal menyambung penggajian di ITM, hanya sempat hadiri sesi temuduga untuk Dip in Accountancy, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan V1 di Sek Men St Mark, Butterworth. Tetapi disebabkan dahulu saya bersekolah di sekolah yang "fully girls school", saya menjadi seperti tidak dapat menyesuaikan diri bila ditempatkan disekolah yang bercampur lelaki dan prempuan. Mujur juga, bila kahwin tak jadi cam tu, heheheh. Akhirnya, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti sekolah. Walaupun ayah memujuk dan mengadakan perjumpaan dengan pengetua, namun saya tetap dengan keputusan saya. Akhirnya, ayah akur dengan keputusan tersebut. Mungkin juga ayah faham situasi saya ketika itu. Kakak dan abang agak marah dengan keputusan saya. Maka, berakhirlah episod alam persekolahan saya setakat itu sahaja. Saya tidak lagi memohon ke mana mana institusi penggajian tinggi utk melanjutkan penggajian, sebaliknya saya memulakan karier saya dari situ. Kalau orang lain boleh berbangga dengan diploma, degree, master dan sebagainya, saya terpaksa mengaku bahawa pencapaian saya hanya setakat itu. Itulah realiti kehidupan saya, malu jugak rasanya nak menceritakan mengenai pelajaran saya yang terbengkalai di tengah jalan. Namun, bila difikirkan kembali, apalah yang nak dimalukan, itulah saya dan saya mahu dikenali dengan cerita sebenar peribadi saya. Dan ini adalah cerita yang lahir dari hati kecil saya.

3. Saya dari sebuah keluarga yang agak miskin. Hidup menumpang di sebelah rumah ibu saudara. Seingat saya, rumah saya sekeluarga dulu hanyalah sebuah rumah papan kecil menepek bersebelahan rumah ibu saudara. Rumah kami tiada bilik, bayangkan kami 8 beradik tinggal di sebuah rumah yang sangat kecil. Dapur pulak dapur kayu, setiap hari ibu akan menghembus api untuk memasak, walaupun begitu, berbagai juadah lauk pauk dan kueh mueh dapat ibu sajikan untuk kami sekeluarga. Mandi dan mencuci pula menggunakan air telaga. Untuk air minuman pula, kami terpaksa mengangkut air dari pasar awam yang berhampiran dengan berbekalkan 2, 3 buah timba. Ada satu ketika tu, ayah buatkan kereta sorong kecil dari kayu2 terpakai bagi memudahkan kami mengangkut air. Seingat saya, sayalah anak yang paling rajin menemani ibu mengangkut air, terkadang tu terserempak dengan orang sedang mandi manda di sana, jadi terpaksalah menunggu giliran. Sambil sambil tu saya akan mengutip dan memilih sayur2an terbuang yg masih elok ditinggalkan oleh peniaga pasar untuk dibawa pulang dan diberikan kepada itik di reban sbb waktu tu ibu rajin membela itik dan telurnya ibu jualkan kepada orang di pasar awam tersebut.

4. Walaupun terpaksa melalui kehidupan yang agak sukar ketika itu namun pengalaman waktu kecil saya amat menyeronokkan. Rumah saya dikelilingi deretan rumah sewa jiran jiran dari berbagai bangsa seperti Cina, India, Sikh dan Kristian. Rumah kayu kami letaknya di tengah tengah. Jiran melayu saya agak jauh sedikit tempat tinggalnya. Semua jiran sangat baik terhadap kami sekeluarga, mungkin juga disebabkan sikap ibu yang agak peramah dan begitu baik dengan jiran jiran tetangga tanpa mengira kaum. Yang paling seronok ialah bila tiba musim perayaan, saya selalu dijemput ke rumah mereka bagi sama sama meraikan perayaan memasing. Iyalah waktu tu kecil lagi, tiada apa yang ada di dalam ingatan hanyalah keseronokan. Saya akan pergi bersama adik beradik yg lain dan mereka akan melayan kami dengan begitu mesra sekali dan alhamdulillah jiran2 juga tahu makanan apa yang boleh kami makan dan sebaliknya. Kalau kami tidak pergi, berbagai bagai juadah akan dihantar ke rumah dengan banyaknya, pakai talam dan bakul segala lagi...mungkin juga disebabkan famili saya yang agak besar, jadi kuantitinya pun besar juga. Kawan2 zaman kanak kanak saya byk yg berbangsa India dan Cina. Sebab itulah sehingga kini saya masih lagi dipengaruhi oleh makanan2 India dan Cina selain masakan Melayu sendiri. Jangan tak tahu, sehingga kini saya masih suka makan makanan seperti capati dhal, tosai massala, puri sayuran, kuih bakul, olundai dsbnya. Bila ayah bersara, kami sekeluarga berpindah ke kampung di sebelah ibu dimana ayah mendirikan sebuah rumah disana. Kehidupan di sana sangat jauh berbeza kerana di sini saya dikelilingi dengan saudara mara dan jiran tetangga yang 100% melayu. Maka, disinilah bermulanya episod baru kehidupan saya sehinggalah saya mendirikan rumahtangga.

5. Saya berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan 5 orang cahayamata, semuanya lelaki....huhuhu... Yang menjadikan anak saya ramai adalah kerana saya masih menantikan kehadiran seorang anak perempuan sehinggalah sekarang, namun belum dimakbulkan olehNYA, alhamdulillah saya redha dengan kehendakNYA, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tahun lepas dalam bulan Ogos 2010 saya keguguran selepas 2 bulan mengandung anak ke 6. Mungkin selepas ini, saya akan bersara dari mengandung memandangkan banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Hubby pun seolah olah terasa malu dengan jiran dan rakan2 bila saya mengandungkan anak yang terakhir Zaheen, iyalah orang dah bercucu kita masih nak beranak lagi....hehehe, maunya dia tak malu, kik,kik, kik. Anak sulung saya Asyraf telahpun berusia 20 tahun, kedua Ammar 18 tahun, ketiga Aiman 14 tahun, keempat AminFayyadh 11 tahun dan yang kecil, Zaheen 6 tahun. Kesemua anak saya, saya susukan sendiri selama 2 tahun lebih, walaupun di waktu itu saya masih bekerja. Saya terpaksa menghadapi berbagai2 kepayahan seperti bengkak susu, keletihan bertugas, terpaksa menguruskan kerjarumah selain melayan kerenah anak2 yang lain, tidak cukup tidur dsbnya kerana saya tiada pembantu. Mungkin disebabkan ini juga, berat badan saya selalu susut.

6. Saya memperolehi lesen memandu pada tahun 1997 tetapi mulai memandu sepenuhnya pada tahun 2000 bila berjaya memiliki kereta sendiri, kereta kecik aja. Pengalaman hari pertama memandu, seluruh tubuh saya seram sejuk jadinya, menggigil ketakutan, namun saya pandu juga, detik dihati kalau tidak dimulai takkan ada penyudahnya. Bila tiba di tempat bertugas dan selesai parking, tetiba saya terbau hangit yang kuat. Seluruh tubuh saya mengeletar lagi, ingatkan kereta terbakar. Puas saya meninjau kesana kesini mencari puncanya. Depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah habis saya belek, tapi nampak macam ok aja, tak da apa apa yang tak kena. Terus saya telefon hubby bertanyakan kenapa. Hubby pun suruh saya buat itu dan ini, terakhir hubby suruh saya tengok pada meter kalau kalau ada apa2 signal. Ternampak bulatan bertanda merah dan tanda seruan kat dalamnya. Hahhhhh, dah sah hand brake tak dilepaskan.....huwaaaaaa....saya memandu di jalanraya dari rumah sehingga ke tempat kerja tanpa melepaskan handbrake, patutlah slow aja jalannya, walaupun kita tekan minyak. Syukur alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku di waktu itu, kalau tak, tak taula apa dah jadi kat saya. Oppsss...panjang pulak cerita ni kan...

7. Fuhhhhh...lega sikit dah nak habih dah ni. Saya adalah seorang yang sangat pendiam sedari kecil lagi. Sifat pendiam saya ini masih ada lagi sehingga kini, mungkin kurang sedikit selepas berkahwin. Disebabkan itu, saya tidak punyai ramai kawan. Saya hanya mempunyai seorang sahaja kawan rapat pada satu satu masa. Saya juga seorang yang agak sensitif dan kuat merajuk, macam Nieza juga. Tapi, selalunya merajuk saya sekejap saja, lepas tu saya yang akan memulai balik, sampai hubby pun dah tahu peel saya. Macam Ayu juga, saya pun suka pendamkan di dalam hati bila saya tidak suka pada sesuatu keadaan. Pernah sekali tu, masa tu saya kerja lagi, bila saya tension sangat dengan kerja, saya hantar email kat boss kata saya nak berhenti, lepas tu saya terus tinggalkan semua tugas dan cabut balik rumah. Masa tu pulak time nak bayar gaji (sy bertugas di bhg payroll) dan untuk pembayaran gaji hanya saya seorang yang tahu bagaimana prosesnya, jadi kita pun tarik hargala sikit. Kelam kelibut mereka dibuatnya. Berhari jugaklah saya tak ke tempat kerja. Staff semua pulak mogok sebab gaji lambat bayar. Jenuh boss saya kena berbincang dengan pihak union untuk meredakan suasana, kalau tak production down, output tak dicapai dan order tak dapat dipenuhi. Rugi besar tu....tapi yang hairannya, saya tak pernah rasa takut diatas apa yang saya lakukan, sedikit pun tidak. Mungkin saya tahu di mana kekuatan saya ketika itu dan tahu saya di pihak yang benar. Akhirnya, boss pujuk pujuk juga, hati orang perempuan ni ibarat kerak nasikan bila disirami air, lembut balikla jadinya. Last last, tak jadi berhenti jugak hehehe.....gempaq aja lebih.

Ni nak sambung sikit lagi. Tu dia, memula tak tau nak tulih apa, bila dah tulih payah pulak nak berhenti. Seperti yang anda semua tahu, kegemaran saya ialah memasak dan mencuba pelbagai resepi baru, jadi semestinyalah saya juga sangat suka makan. Tapi, alhamdulillah walaupun banyak makan, berat badan saya tidaklah begitu ketara. Mungkin itu satu kelebihan yang Tuhan berikan kepada saya. Saya makan bila terasa nak makan walaupun di tengah malam tetapi akan berhenti sebelum terasa kenyang. Suami dan anak anak juga begitu. Sebab itulah anda semua dapat lihat berbagai bagai resepi yang sering saya cuba supaya famili tidak jemu. Saya suka masakan yang pedas pedas, lagi pedas lagi bagus. Mungkin sebab tu kot saya ni agak panas baran. Saya tidak berapa suka makanan/minuman yang terlalu manis. Juga menggemari makanan yang berasaskan roti. Minuman saya sehari hari hanyalah air suam. Kewajipan saya setiap pagi dan sebelum tidur adalah meneguk segelas air suam. Kalau makan di luar selain air suam, kadang kadang saya suka minum karrot susu, teh o ais limau ataupun barli suam. Cukup dah kot nooooo......kang ada yang terlena depan pc lak....wakakaka.

Oklah, selesai sudah saya menunaikan tugasan yang diamanahkan. Sekarang tiba pula giliran saya untuk mewasiatkan amanah ini kepada mereka2 yang terpilih. Harap dapat kiranya diluangkan sedikit masa agar kita dapat mengenali rakan rakan maya ini dengan lebih mendalam. Jangan mare yer......

Anna Qawina
Kaz
Zaliedana
Iza Akma

Opsss....sorang lagi tak cukup....nanti kita tinjau lagi yer...

10 comments:

  1. sedih saya baca kisah kak wattie ni...tapi banyak pengajarannya...selalu saya bercerita dengan pelajar2 saya. biar kita hidup susah2 dahulu...jangan kita hidup susah selamanya...hmm... dah besar2 anak kak wattie. saya ingatkan akak baru umur 30 ke..35 ke...hihih...

    ReplyDelete
  2. Hai...bergenang ayaq mata jugak baca kisah akak ni... hanya sape yang pernah rasa hidup susah je akan tahu kan?

    ReplyDelete
  3. Salam K.Wattie...dah kena tag camni blh la kita mengenali seseorg dgn lbh rapat lg.

    ReplyDelete
  4. salam kakwattie..keluarga saya pun bukan org senang juga....saya pun mula2 tak tau nak tulis apa...tapi akhir2 panjang berjela jugak bercerita...kekkekeke

    ReplyDelete
  5. suka baca kisah wattie..terharu pun ada.
    Akak pun semuanya heroes(3)...takde rezeki unk dapat anak pempuan.
    suka makan macam wattie...tp badan cepat naik...huhu

    ReplyDelete
  6. sayu rasa ati bc kisah akak..klu x tag mcm ni..kita xtau plak kan..moga hubungan kita akan semakin erat wlaupun xpnh bersua..:-)

    ReplyDelete
  7. Assalam kak waie,
    wah sudah siap kerja rumah yang diberi tu ya..hehehe..part no 7 tu serupalah kita kak..memang jenis pendiam dari dulu tapi sememanjak dah berkahwin mungkin banyak berjumpa & berbual dengan makcik2 dah bolehlah sikit2 bercakap..heheh..kalau tak memang orang ingat kita ni sombong.. yang part tempat kerja tu pun begitu tak banyak cakap sanagt pun..boleh bersabar apa management nak buat walaupun kena potong gaji sebab recession tapi kalau dah terlampau sangat berkira tulang urat kita tak dihargai memnglah kita naik hantu punya..hehehh..apa2 pun thanks kak sudi buat homewk ni ya..nice to know u kak..

    ReplyDelete
  8. Nuwairani,
    Itulah pengalaman hidup akak, alhamdulillah keadaan sekarang byk jauh bezanya..anak2 pun dah besar

    Cheq Su,
    Akak pun rasa syahdu juga bila menulis kisah lama akak ni....

    Azatiesayang,
    Wsalam. Betul tu Atie, setiap manusia punya pengalaman pahit dan manis yang tersendiri

    Quinnie,
    Wsalam. Cabaran hidup kita serupa ya. Bila dah mula menulis ni, ada aja yang terlintas di kepala, maka terhasillah tulisan ini

    Kasihredha,
    Tkasih sudi membaca kisah hidup saya. Rugila rasanya kalau tak suka makan, nikmat hidup tu....

    Yana,
    Jangan sedih sedih lagi ya Yana, itu kisah hidup akak zaman dulu2, sekarang tak lagi. Betul Yana, klu tak akak pun tak pernah terfikir nak tulis cerita macam ni.

    Ayu,
    Wsalam. Jenuh jugak nak siapkan tugasan ni Ayu. Agaknya kita ni mmg dilahirkan mempunyai karakter yg serupa kot ya Ayu. Rasa cam ada persamaan lak. Mmg org selalu salah anggap kita ni sombong padahal klu kena kaki, bagai nak rak juga celotehnya. Dan jangan terkejut klu orang pendiam macam kita ni boleh melakukan perkara yg diluar dugaan hehehehe.

    ReplyDelete
  9. Kak wattie syg, best ada sedih pun ada baca kisah akak ni tapi tak pe la kan susah dulu senang kemudian kan...dugaan dlm kehidupan la tu..kekadang Allah uji kita dengan susah dan senang juga satu ujian sebenarnya...apa pun syukurlah kan..sama lak kita kak..saya pun lahir bulan april juga tu sebab kita suka merajuk kot...hehe btw tq kak sudi buat h/work ni...lapp u..hehe

    ReplyDelete
  10. selamat malam wattie,
    panjang cerita tentang diri wattie ye... byk yg dpt dikongsi bersama,
    ada 2 persamaan di antara kita, pertama yang ke 3... amie pun sempat hidup dalam situasi begitu, masak guna dapur kayu, tiup api, angkat air dari paip awam, pendek kata kehidupan kami sekampung semua begitu... kehidupan sebagai anak petani, cuma kami tiap kali cuti sekolah mmg dikerah ke kebun, tanam pokok ubi, jagung, keladi, cabut rumput.... he he hee yg seronoknya dpt main di anak sungai, tangkap ikan & udang..
    yang ke 5 tu, syukur kepada Allah kita dikurniakan anak yang sihat walafiat, ada hikmah di sebaliknya....apa yang Allah beri itulah yang sebaik2nya utk kita, dan sentiasalah hargai....

    ReplyDelete