Saturday, July 2, 2011

Apam Dot Dot

Salam semua,
Dah lama nampak apam ni ditayangkan. Minat nak mencuba pun dah lama berkobar kobar. Cuma baru kali ni berkesempatan untuk merealisasikannya.


Memula tu memang saya buat dot dot, tapi lama lama rasa cam lambat sangat nak habis. Jadi, saya pun hentam keromo ajala, design ikut gerak tangan ni asalkan cepat. Maka, terhasillah berbagai bagai versi apam yang asalnya adalah apam titik titik ni.

Saya buat dapat lebih kurang 35 ketul aja tapi besar besar sebab saya letak banyak kat dalam setiap mangkuk mangkuknya. Nampak tak??? menimbun aja naiknya.....


Tekstur apam ni memang halus, gebu dan lembut. Saya letakkan strawberry filing kat dalamnya. Sejujurnya, saya tak berapa suka makan apam yang macam ni. Anak anak pula ada yang suka ada yang tidak, hubby pulak langsung tak suka, huwaaaaaaa....... Begitulah kan, lain orang lain pulak citarasanyakan. Apa apapun saya sangat berpuashati dengan hasilan apam tersebut.

Oklah, jom kita tengok pulak resepinya yg saya cp dari rumah Kzai. Kzai pula tergoda nak mencubanya bila tengok hasilan dari rumah Hana. Resepi asal sumbangan LilydvalleyMyR. Terimakasih bebanyak semuanya ya.

APAM DOT DOT @ APAM BLOSSOM

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

7 comments:

  1. Salam Wattie...

    Gebunya apam dot..dot ni...cantikkkk...comel...nak seketul...ish...tak cukupla 3 ketul boleh ek :)

    ReplyDelete
  2. elok aje kejadian apam ni...sy belom cuba lagi sebab takde mixer. tak berani nk terima kenyataan kalau tiba2 bantat!. heheh

    ReplyDelete
  3. Assalam kak,apam jnis nih sy pon xbepe suka,tapi anak ska lak mkn,dah 2kali wat sbb bgi kat kndri cukur jmbul sedara sama..Tapi mmg best wat sbb nmpak cantik..

    ReplyDelete
  4. wahhhh kak watie pun dah buat huwaaaa nak mixer nak mixer

    ReplyDelete
  5. Assalam Wattie,
    tak berapa suka apam tu ye, anak ada yg suka ada yg tidak, suami langsung tak suka.... heh eheheh apa kata bagi separuh kat Amie...kami semua suka.. hehehhhh ... sodap bah itu apam gebu!

    ReplyDelete
  6. assalam watie... (akak ke adik ni?)
    cheq sue mai follow dan nengok dapur watie ni macam2 adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................ :)

    ReplyDelete