Sunday, July 17, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas


Salam dan selamat sejahtera semua,
Dua, tiga hari ni panas terik sangat, ditambah pula dengan cuaca yang berjerebu. Kering sangat tekak ni dibuatnya, kepala pun berdenyut denyut, badan tak berapa sihatla pulak jadinya. Hubby dan anak yang kecil pun ikut tak sihat. Kesian pulak kita melihatnya. Tapi bila mai tang bab main, elok la pulak, asyik nak ke taman permainan aja, tp bila tiba waktu malam, jadi balik. Saya ni kalau anak kecil ni jadi cam ni selalu fobia, mesti dada ni berdebar debar sebab masa kecil dulu dia pernah masuk wad beberapa kali sebab febrile fits (sawan demam). Kata doktor penyakit ni mungkin boleh datang lagi hingga usianya 6 tahun. Saya takut sangat bila jadi cam tu, macam macam bermain di kepala ni. Kalau nak diceritakan pengalaman menghadapi saat anak kecemasan macam tu, memang menakutkan dan menyerikkan.

Anak saya pernah fits masa saya memandu dari taska pulang ke rumah. Bayangkan bagaimana bila tiba tiba mata anak tetiba jadi meliar, mulut kumat kamit dan tetiba ada cecair yg keluar dari mulutnya, dan tiba tiba juga, dia tak sedarkan diri. Saya sangat2 panik dibuatnya. Terus berhenti kereta dan telefon hubby, menjerit kat hubby di dalam telefon minta pertolongan sbb saya tak tau nak buat apa dan tak pernah pun ada pengalaman yang sebegitu sebelumnya. Lepas tu saya memandu juga hingga ke rumah. Sejurus selepas itu, kawan hubby beserta isteri dtg ke rumah, mungkin hubby minta pertolongan mereka utk tengokkan sebentar. Lagipun mereka ada pengalaman menghadapi situasi sebegitu dgn anak mereka. Katanya miringkan anak ke sebelah kanan dan mandikan dia. Dengan beruniform lagi sy terus ke bilik air, isteri kawan hubby tolong jiruskan air ke badan anak, masa ni tak kira dah baju nak basah lencun ke tak. Selepas itu baru kelihatan anak tersedar dan menangis, syukur alhamdulillah, pada waktu itu Tuhan saja yg tahu perasaan saya, saya menyangka anak saya sudah tiada lagi di dunia ini. Opppsss....dah terkeluar tajuk dah ni nampaknya, sudahla sikit ya mengenai pengalaman tu, kang jadi cerpen pulak. Kalau nak diikutkan byk sgt yg nak diceritakan.

Apa apapun kepada yang ada anak anak kecil, berikanlah perhatian yg sewajarnya terhadap kesihatan anak anak. Sekiranya anak anak demam, jangan sambil lewa saja, ambillah langkah mengawal demam anak seberapa yg boleh. Fit boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun.

Oklah, jom kita tengok apa projek saya beberapa hari lepas. Nasi yang sempoi sangat ni saya gandingkan dengan lauk ayam. Tapi, untuk hari ni jom kita tengok tayangan perdana nasinya dulu ya.


NASI MINYAK HUJAN PANAS
Makyong@myresipi.com - terima kasih ya.

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati - (sy guna beras biasa aja)
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara

Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka


Kalau nak tengok lauk yang saya gandingkan dengan nasi kaler maler ni, esok singgah lagi sekali ya, pasti tidak akan mengecewakan.

5 comments:

  1. waktu akak kecik...bila mak akak buat nasi minyak,akak suka suruh mak akak buat pelangi macam ni :)

    ReplyDelete
  2. kak watie...saya ni tgh lapaq tahap cipan..dapat pekena spinggan ni..sedap n kenyang perut nih

    ReplyDelete
  3. kak watie bestnya tgk nasik kenduri tu kaler maler lagi

    ReplyDelete
  4. Salam K.Wattie..

    dah lama yana xmkn nasi minyak kaler maler nii.. terliur la plak..tgu R dtg br bleh bt nii..ari ni mintak sini dulu laa ek hehee

    ReplyDelete
  5. Kasihredha,
    Ya ka, mesti bestkan, dahla cantik, makan pun sedap....

    Chikadakbiru,
    Mehla singgah sini, nanti akak jamu 2 pinggan

    Chik Mimi,
    Sedap ni Mimi

    Yana,
    Wsalam. Mai la Yana, akak dah siap hidang dalam talam dah niii

    ReplyDelete