Sunday, July 24, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Salam semua,
Nasi ayam lagiiiiiii. Jom layan...


Resepi ni dah lama cp dari rumah KZai. Resepi asal dari Quinnie MYR. Terimakasih semuanya ya.


NASI AYAM IPOH
Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN HIASAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

6 comments:

  1. wahhhh meriah nampak nasi ayam akak...hehehhe....saya sekarang tengah suka nasi ayam versi kukus la plak...kekekek

    ReplyDelete
  2. wahhh...selalu dok tgk kawan2 post aje...kite entah bila nak try

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,
    memang sedap nasi ayam ipoh ni..dah jadi my family favourite kalau buat nasi ayam jenis gini mesti ikut recipe ni..actually recipe ni kita type time myr tak boleh masuk..ada steps yang kita short cutkan..hehe..

    ReplyDelete
  4. ipoh mali ya??
    lama tak buat nasi ayam..
    kalau buat sendiri mmg puas hati kan :)

    ReplyDelete
  5. Assalammmualaikum k.Wattie..

    Dtg jamu mata dg Nasi ayam K.Wattie...sejak dok sini belum buat lagi..nanti boleh cuba nasi ayam Ipoh ni..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sesangat set nasi ayam tu.... tergoda tgk... sedaaapnya

    ReplyDelete