Thursday, March 17, 2011

Nasi Aswan


Salam semua,

Ketandusan idea tak tahu apa nak tulis. Jadi, layan jer la nasi aswan yang dimasak baru baru ni.



Resepi ni saya dapat dari Dapurcomelku Terimakasih ya.

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah

Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)

1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)- sy guna beras biasa
Air mengikut paras beras
1 ekor ayam - potong ikut suka
5 biji bawang besar - potong dadu
8 ulas bwg putih - dicincang
2 jari halia muda - dihiris
10 biji tomato segar - dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree - tak letak sebab tak der
10 biji buah pelaga -dipecahkan
5 kuntum bunga cengkih
5 cm kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih
1 cawan minyak conola - sy guna minyak sapi n butter
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 caw daun pudina - tak letak
garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:
1/2 cawan bawang goreng - tak letak
1/2 caw hirisan badam goreng
1/2 caw gajus goreng

Cara-Cara:-

Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

2 comments:

  1. assalamaualaikum akak..
    xpernah dgr lagi nasi nih.. terliur tgk gajus2 atas nasi tuh. hihi.. mkn dgn ape kak?

    ReplyDelete
  2. Wsalam Tun,
    Akak pun baru first time dengar nama nasi ni, tp ramai dah cuba, mmg best...akak makan dengan ayam masak merah....resepinya tak letak lagi...hehehe

    ReplyDelete