Monday, March 28, 2011

Ayam Kalasan Berseri



Salam semua,
Haaa, dah nampak tajuk kat atas??? Mesti ramai dah tau kannnn dan mesti ramai dah cuba pun kann??? Sejak terbaca Ummi telah disunting oleh majalah Jelita, dan resepi2 nya dipaparkan di dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2011, saya pun tak mau la ketinggalan, rembat jugakla senaskah majalah tu walaupun jarang2 saya membacanya. Tu diaaa, penangan blogger masak memasak kita. Bulan ni hasil jualan majalah Jelita mesti mencanak naik kan. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH buat Ummi.

Baru hari ni saya berkesempatan mencuba resepi ayam kalasan sebab hubby baru beli kelapa parut semalam.

Oklah, buat yang ingin mencuba, di bawah ni saya salinkan balik resepinya dari Majalah Jelita. Terimakasih juga buat Ummi Zaihadi selaku penyumbang resepi istimewa ini.

Ayam Kalasan Berseri

Bahan bahan
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/3 cawan air
4 ketul paha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit
minyak masak secukupnya

Bahan Dikisar Kering
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih

Bahan Dikisar Basah
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikit air



Cara membuatnya
1. Campur kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk, gaul rata.
2. Masukkan ayam dan rebus ayam sehingga lembut dan air hampir kering.
3. Angkat ayam dan tus.
4. Tus juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
6. Goreng bahan kelapa parut sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
7. Angkat dan tus.
8. Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yang sudah digoreng tadi.

Nota : Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambah lemak gorengan ayam.


Sedap ayam ni, rasanya lain dari yang lain, rasa cam ayam kerisek pun ada jugak.

7 comments:

  1. haihhh...
    baru lepas makan dah terliur balik..hehe

    ari tu ada tgk kat blok kak nor..tah bila lah nak cuba buat tah..hehe..

    ReplyDelete
  2. kak, sedapnya tgk ayam ni....terus terasa lapar ni..hehe

    ReplyDelete
  3. alamak.. makin panjang queue lauk pauk yg perlu dicuba.. huhu

    ReplyDelete
  4. Akak sedapnya nmpak ayam nih,tu la gara2 kak ummi sy pong rembat gak c jelita nih,tapi xtry lagi pong menu2 kat dlm tuh..

    ReplyDelete
  5. Nurkass,
    Kalau dah terliur tu, kena buat Nur, kalau tak nanti kempunan lak.

    Nieza,
    Sinting lengan cepat, masuk dapuq mulakan eksperimen, senang sangat buat ayam nih....

    Tun Telani,
    Akak pun sama gak Tun, waiting list panjang berjela, klu boleh semua nak buat dalam satu hari ...hehehe

    Zaliedana,
    Rasanya semua blogger masak memasak dah rembat majalah tu, kaya la tokey Jelita bulan nih...hahahaha. Bulan depan letak resepi blogger lain pulak, mesti laku cam goreng pisang panassssss

    ReplyDelete
  6. Salam Wattie...thanks yea sudi try resepi ayam nih..hehehee...Sedap ke tak tuh? Harap x nyesal cuba...hehehhee

    ReplyDelete
  7. Ummi,
    Wsalam Ummi, resepi yang baru dan nampak menarik mesti dicuba, especially resepi dari Ummi yang memang dah gerenti tentang keenakkannya. Semuga terus berjaya ya..

    ReplyDelete