Sunday, March 11, 2012

Tosai Masala

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Taraaaaa.....ni la breakfast saya hari Sabtu yang lepas, tosai masala. Jangan la tanya resepi pulak ya, sebab bukan saya yang buat, saya jadi tukang makan aja. Saya makan tosai ni dekat Restoren Nashmir, Bandar Perda, Seberang Perai, dekat aja dengan rumah saya. Kalau nak tahu, masa saya kecil kecil dulu, arwah ibu selalu sangat belikan sarapan ni buat kami sekeluarga. Boleh dikatakan kami sekeluarga memang penggemar tosai selain capati, jangan gelak ya. Terkadang tu, bila makan di restoren, ada orang akan jeling jeling, pandang pandang dekat saya, benda alah apala agaknya dia ni makan yer....agaknya itu yang ingin mereka katakan, kan???

Sarapan pagi yang begitu sinonim dengan masyarakat India. Bagi orang yang tidak biasa dengan makanan ini, mungkin tekak tidak dapat menerima kerana rasanya yang agak masam. Agak payah sebenarnya untuk mencari tosai yang betul betul sedap.

Tosai Masala selalunya dihidangkan dengan kuah dhal, kari dan sambal kelapa manis ataupun pedas. Di dalam lipatan tosai yang rangup, terdapat inti masala yang telah dimasak mengandungi sayur sayuran seperti kentang, lobak merah, bawang merah, cili kering dan rempah ratus.


Sekeping tosai masala ini kalau dihabiskan, kita akan merasa perut kita teramat penuh kerananya, sungguh mengenyangkan.


Hubby yang tak pernah makan tosai pun cuba juga makanan ni, hehehe, mungkin dia teringin bila selalu tengok saya makan dengan berseleranya.

9 comments:

  1. Salam kak
    selera betul tengok akak punya tosai tu
    sy sendiri pun tak pernah mkn mcm yg akak punya tu

    ReplyDelete
  2. owh.. tosai ada inti? tun pernah try makan sekali tosai ni, yg tun try tu kosong je, serve dgn kuah dhal n kari. mmg susah betul nk habis kan. hihi.. x biasa makan, susah nk terima rasa masam2 dia tu.

    ReplyDelete
  3. Waduh Wattieeee.... terasa kenyang perut dapat jamu tosai masala di sini...!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan tosai...nmpk mengancam lah...

    ReplyDelete
  5. Assalam kak wattie,
    kita pun suka makan tosai masala ni pernah juga buat dulu..
    tapi yang itu kita tak pandai buat sebab tebal seharusnya tipis sikit..gunakan thosai mix..
    tapi intinya tu seakan2 lah ..free bolehlah intai2 ya kak..hehe

    http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2009/09/masala-thosei-11th-day-iftar.html

    ReplyDelete
  6. Kak Wattie..sy pon minat mkn tosai..masa kecik2 lu..tak suka..skrang ni suka plak..tambah plak kalo tgh panas..mkn ngan kuah yg ada nyok tu...

    ReplyDelete
  7. Ini favorit anak akak, sedap kalau makan dgn chutni kelapa!

    ReplyDelete
  8. tosey ni memang sedap la...tapi jarang makan sebab tak rajin beli..selalu beli roti canai je..hehehhe...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Wattie...saya kenal tosai ni selepas kawin ngan hubby...makan roti canai kat restoren2 mamak pun sejak kawan ngan dia..sebelum kenal dia klu pepagi selalu mkn nasi lemak/kuih2 jeee dinner plak cari tom yam atau sup2 panas yang banyak melata kat gerai2 dan pasar malam sekitar Kl...biasalah bujang time tu mana fikir nak masak2 ni...lagi2 duk rumah sewa.

    ReplyDelete