Wednesday, March 28, 2012

Sambal Ikan Tongkol

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Agak lama juga saya tak letakkan resepi ikan. Beberapa hari yang lepas hubby belikan ikan tongkol di pasar malam berhampiran. Sebenarnya saya tak pernah masak ikan tongkol. Sebelum ni pun hubby tak pernah beli ikan ni. Entah apa mimpinya tetiba bawak balik ikan tongkol ni pula untuk di masak.


Sedap sangat rasa sambal ikan ni. Kalau pekena dengan nasi lemak lagi best kan. Resepi Kak Liza tetap menjadi pilihan. Terimakasih ya kak.

SAMBAL IKAN TONGKOL (Nasi Lemak)
Sumber : Kak Liza

Bahan A
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar [mayang kasar..optional]
minyak
garam
gula sedikit


Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan [optional]



Cara
1. Ikan tongkol diptong 4 dan basuh bersih. Toskan
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendideh. Biarkan semalaman. (Saya abaikan bahagian ini)
3. Angkat ikan tongkol rebus dan goreng dalam minyak. (Sy gorengkan ikan bersama garam dan kunyit)
4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan ikan dan tapiskan].
6. Masukkan ikan dan biarkan mendideh.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.
8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
9. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih dan sayur lemak putih..


6 comments:

  1. kak wattie cheq dah bawak nasik panaih ni nak kelah ngan kak,sedap ni kena dengan nasi panaih

    ReplyDelete
  2. sya terliur sangat tengok sambal ikan akak ni. ada yang masak tumis tomyam dengan ikan ni pun kata sedap.. haishh sedap belaka kan

    ReplyDelete
  3. ishk2 sedap nye ikan tongkol segar...buat singgang sodap ni ka wattie hehehe

    ReplyDelete
  4. Wattieee.... sedapnya ikan tongkol sambal! Kat sini kan Wattie, lauk begitu biasanya dimakan dengan nasi kuning (bukan pulut kuning)...adeeeh, rindunya nak makan nasi kuning sambal ikan tongkol!

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk lauk sambal ikan tongkol ni kak..lapar lak memlm singgah sini..:)

    ReplyDelete