Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Minggu lepas bereksperimentasi dengan talam kacang merah ni. Saya memang suka makan kueh talam, tapi selalu makan di bulan puasa saja. Sebenarnya saya sangat jarang buat kueh mueh sebab hubby dan anak anak tak berapa suka, kalau dibuat juga, alamat saya sorang ajala yang dok perabih. Hubby suka makan makanan yang berat seperti mee dan nasi walaupun untuk sarapan, saya pula suka makan kueh mueh dan makanan yang berasaskan roti. Anak anak semua dah terikut tabiat makan si abah, terkadang saya pun terikut sama. Nak buat camanakan, bila dah terhidang depan mata, terliur la jugak kita dibuatnya.
Pernah nampak Nieza buat kueh ni. Resepi asal daripada Kak liza
Terimakasih ya. Memang sedap sesangat kueh ni, hubby pun suka. Bila saya hidangkan buat abang yang datang ziarah, dia pun kata sedap.
TALAM KACANG MERAH
Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.
Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tad.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
Macam macam posing ada.... maklum sekarang ni kita tengah gila ambil gambar. Terkadang tu teringinla jugak nak pakai kamera DSLR yang ribu ribans tu, tapi rasa macam tak berbaloi pulak........ tambah tambah bila tengok banyak gambar geng blogger masak masak yang kena cilok.........jenoh dok berperang dalam blog, jadi kita guna ajala apa yang ada. Apa apa pun kita tetap berbangga dengan hasilannya.
As'salam kak sdp tu kuih talam kacang merah..suka kuih2 yg ada kacang merah ni....tq resepi...
ReplyDeleteSalam Wattie...
ReplyDeletelama Rahel tak singgah,byk resepi yg dah terlepas..mengancam banget talam kcg merah ni..ambik dua.
Salam sis,
ReplyDeletesy mmg suka kacang merah..msti cuba nie...share resepi ye...tq...
Assalam Wattie.... cantiknya talam kacang merah dia! Adeeeeehhh...meleleh liur tengok tau....
ReplyDelete