Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Saturday, March 31, 2012
Gulai Ayam Peranakan Chef Wan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi ni memang sangat sangat sedap. Terimakasih buat Chef Wan dan Iresepi kerana menyumbangkan resepi sedap sangat ini.
Gulai Ayam Peranakan Chef Wan
Sumber : Iresepi
Bahan-bahan:
12 keping Ayam Segar Ayamas
6 sudu besar Minyak sayur
½ biji Nenas segar, dipotong dadu - sy tak letak sbb takder stok
½ cawan Jus Asam Jawa
½ peket Santan Kelapa
Gula dan garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk pes rempah:
6 biji Cili Merah
4 sudu besar Cili Boh
½ batang Bunga Kantan
2 batang Serai
3 keping Daun Limau Purut
1 sm Halia segar
2 biji Bawang Putih
6 biji Bawang Merah
1 sudu kecil Belacan
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ke semua bahan – bahan tadi sehingga berbau wangi dan kemudian kecilkan api.
2. Masukkan nenas, asam jawa dan santan. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan ayam segar Ayamas, gula dan garam. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat sedikit selama 45 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kak wattie ..
ReplyDeletemenu ni macam seiras yang wani buat cuma tak letak daun kesum je hihi .. mesti sedap bau harum je kan.. nak cubalah yang ini nanti
Aslmkm. Resepi & rupa nya macam rendang pedas perak juga. Nyummy!
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Watie..
ReplyDeleteBestnyer kalau dapat lauk cam ni.. Lagi best kalau org yg tolong masakkan..heheheh
Asalamualaikum Wattie,
ReplyDeletebila diteliti bahan-bahannya memang sedap sangatlah resepi gulai ayam peranakan chef wan ni... rasa nak colek aje kuahnya tu dengan nasi himpit!
Kak watti bahan pes rempah tu semua mesin ke
ReplyDeleteKak watie bahan pes rempah tu mesin semuanya ker
ReplyDeleteYa Bebby, kesemua bahan pes rempah dimesin sekali.
DeleteMohon share ya Watie...
ReplyDeletemohon guna resepi ni ye..nampak sedap sangat...nyum2
ReplyDelete