Monday, March 19, 2012

Nasi Beriani Batu Pahat


Assalamualaikum semua,

Harap semua sihat sihat ya. Tak tau pulak nak tulis apa, jadi kita terus ajala ke resepi untuk hari ini ya...... Harap maaf, saya kopipes sebijik sebijik resepi ni dari resepi asal MrsDayat. Terimakasih banyak ya Mrs Dayat, sedap sangat resepi ni. Kepada penggemar nasi beriani, bolehla mencuba resepi sedap ni.

Nasi baryani Batu Pahat
Sumber : mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4org )
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair


Cara-cara
panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak


bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...


Ini pula kuah daging beriani yang digandingkan dengan nasi kat atas tu.


Kuah daging baryani
Sumber : mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 org )
setengah kg daging lembu (potong kiub)
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt


Cara-cara
gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
masukkan daging..gaulkan.
masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
buleh la di hidang bersama nasi baryani...
update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)


Selamat mencuba.....dan selamat menjamu selera....

20 comments:

  1. asslm kak...mmg supeb...myelerakn sggh..fevret ni...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Qasey, memang sedap sgt nasi ni, cubala

      Delete
  2. salam adinda
    lamanya menyepi

    rempah beriani tu wattie guna rempah jenama apa?
    dan rempah tumis tu buat sendiri ke ada yg jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kekanda, dinda masih disini, menyepi seketika hehehe. Rempah beriani tu saya guna rempah briyani Adabi. Dan rempah tumis tu pula sy guna yg 4 serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kuantiti pakai agak2 jer. Semua bhn mudah didapati di kedai runcit ataupun pasaraya....selamat mencuba....

      Delete
  3. wa.. nampak sedap ada masa boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan ya KakNa, tak rugi mencuba resepi ni, mmg sedap...

      Delete
  4. Assalamualaikum Wattie,

    sihat ke?? Maaf lah lama Nur tk singgah sini...sedapnya nasi tu...boleh lah kita masuk list...senang2 boleh cuba....skrg nk tinggal komen pun kdg mcm ada problem...madang tk sampai...mcm jauh beribu batu gitu...haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nur, Alhamdulillah saya di sini sihat, harap Nur sekeluarga juga sihat ya. Takpa Nur, sy sentiasa memahami, terkdg saya pun berada di dalam situasi yg sama....

      Delete
  5. saya pun setia dgn resepi mrs dayat ni kak...memang sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Q, resepi sedap mesti ada peminat setia....

      Delete
  6. assalam kak wattie..
    wah tadi siang kita pergi dapur quinnie ada nasi beriani ni..kat sini pun ada juga..dah masuk list dah..pasti nak buat juga ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ayu dearie, Tulah akak pun baru perasan rumah Q pun buat hidangan yg sama hehehe, resepi kalau sedap mesti ramai yg ingin mencubakan......Cuba na jangan tak cuba.....

      Delete
  7. Sedapnya nampak set nasi beriani tu,macam nak tumpang makan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ciannya, nasi dah tinggai bekas aja Rahel, naperla lewat sangat sampai huhuhu....

      Delete
  8. Assalam Wattie,
    meleleh liur tengok nasi beriani batu pahat dia... apakan daya kita tengah berpantang nih...telan liur ajelah ye Wattie he he heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Amie, Jangan terlanggar pantang udah yer Amie hehehe.....semuga Amie bertambah sihat ya....

      Delete
  9. sy mmg x penah mkn ns beriani yg pure...huk..hukk..takat ns minyak knduri kawen tu je la...meh la ajak sy mkn sekali...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhhh rugi besaq tu Umie. Nak ajak Umie makan pun nasik dah tinggai bekaih, kenala Umie tunggu resepi seterusnya hehehe, jangan merajuk na Umie cayang....

      Delete
  10. Akak memang suka Briyani Batu Pahat nie...kalau balik kampung mesti cari.....sedap kalau dapat rempah briyaninya...pandai ya orang Penang buat briyani ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, briyani ni mmg sedap. Alaaa kalau Kak Paty yang buat mesti lagi hebat hehehe. Kita pun baru aja belajar2 nak buat briyani, selalu buat briyani Penang, hari ni terlepaih p Batu Pahat lak hehehe....

      Delete