Saturday, March 3, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum dan selamat malam semua,
Minta maaf bebanyak pada semua teman teman sebab tak sempat membuat kunjungan balas. Apa apapun kalian semua tetap dihati saya......... dulu, kini dan selamanya...........

Ok...jom kita tengok projek saya beberapa hari lepas. Resepi ayam goreng yang rangup dan sempoi. Wajib dicuba oleh semua penggemar ayam goreng. Terimakasih buat Ayu yang mempromosi resepi sedap ini, tak lupa juga buat tuanpunya resepi DayangJack.


Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sources : Ayu@curlybabesatisfaction

bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya


bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.


Serdak ni la yang paling best....

1 comment:

  1. assalam kak wattie,
    waduh kita pun begitu juga..sibuk kak..ini pun singgah mana yang sempat juga..heheh..wah baru kita tengok gambar akak kat bawah tu..tapi masih jauh juga tak nampak betul2 paras rupa akak yang cantik jelita tu.. mudah2han lebih murah ya rezeki akak ..insyaallah.. ayam goreng ni memang sedap kan kak..thanks juga sudi linkkan kat blog kita..

    ReplyDelete