Thursday, January 20, 2011

Kuah Rojak Buah



Salam semua,

Beberapa hari lepas balik ke kampung melihat rumah lama saya yang disewakan. Orang yang menyewa keluar rumah, jadi kami sekeluarga balik la sekejap menengok apa dah jadi kat rumah tu, maklum la sejak rumah tu disewakan, saya langsung tak ambil kisah keadaan rumah tu, semua diserahkan pd penyewa rumah, pandai2 la korang menjaganya.
Malangnya rumah yang disewakan nampak sungguh tidak terurus, cam takder orang duduk la pulak, padahal orang yg menyewa tu ustaz dan uztazah. Sedih sungguh hati saya melihat keadaan rumah yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat saya sekeluarga.



Saya dan hubby serta dibantu oleh abang2 saya buat kerja menebas dan memotong dahan yang melintuk ke atas bumbung garaj. Habis bumbung semua berkarat dan berlubang kerana takungan air dan himpunan daun daun kering. Dari dahan dahan yang dipotong tu dapatla buah buah mempelam hijau yang belum masak ni. Banyak juga jadinya buah ni, tp tak berapa elok disebabkan berulat di dalamnya. Adala sebiji dua yang boleh dimakan. Jadi bawak balik ke rumah. Hajat dihati nak buat kuah rojak untuk mencicah. Lama tak makan mempelam cicah ni. Seingat saya time pregnant saja saya suka makan mempelam cicah kuah rojak ni dengan hubby. Masa tu makan tak hingat duniaaa, berselera sungguh tambahan pulak buah mempelam dari pokok sendiri, hari hari berulang makan, tak jemu jemu.

Sewaktu google cari resepi kuah rojak, ternampakla resepi ni kat rumah As Hajar bahan bahan pun nampak cam menarik, apalagi saya pun bereksperimen la.



Jadi beginila hasilnya, sedap kuah ni, saya letakkan banyak kacang tanah tumbuk dan bijan. Terima kasih buat Hajar dan SIL nya yang sudi berkongsi resepi.

Kuah Rojak

1 botol cili sos (1/2 cawan)
1 botol tomato sos (1/2 cawan)
1 botol kicap (1/2 cawan)
20 biji cili padi-diblend (kita guna cili kering)
+- 1 kg gula atau terpulang (kita guna 1/2 cawan)
RM1 gula merah(1 cawan)
RM 1 belacan dibahagi 2-bakar (kita ganti dgn 1 tbsp pes otak udang)
1 cawan air (1/2 cawan)
RM1 bijan-digoreng tanpa minyak** (terpulang)
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar**- lagi banyak lagi best

1. Masak kesemua bahan (kecuali **) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila agak pekat, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
3. Hidangkan bersama buah2an & sayuran yg disukai spt mangga muda, nanas, sengkuang dan mentimun (kat sini kita makan ngan buah apricot yg belum cukup masak, anggur hijau, nanas dlm tin, limau, mentimun dan karet...hentam sajalah labu



Jom kita menyicah…………… cam orang mengidamla pulak. Sedap banget dong……… tak teringin ke nak makan???? meh la singgah......ada lagi kuahnya ni haaa saya simpan dalam peti sejuk tp buahnya kena bawak sendirik la ya pasai dah habihhhhhh keh keh keh….....

5 comments:

  1. kak wattie, sedapnya!!....teringat nk blk kampung..huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam watie, kecur air liur pepagi jumaat ni tengok kuah rojak tuh!

    ReplyDelete
  3. nampak sedap. tapi saya suka kuah rojak yang ksg je. tak suka campur bijan @ kacang.

    ReplyDelete
  4. sedapnyerrr kuah rojak...mai sepiring..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...kalu sesiapa nak try kuah rojak buah mak bee yg famous di UTARA bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie TQ

    ReplyDelete