Monday, January 10, 2011

Ayam Goreng Herba


Salam semua,
Dah lama teringin nak buat ayam goreng herba ni. Resepi ni amik dari rumah KNor. Semua resepi yang terdapat di rumah Knor best best belaka dan dah banyak jugak saya try. Terima kasih bebanyak ya KNor kerana sudi berkongsi resepi resepi baru yang sungguh istimewa, jasamu tetap dikenang.


Sedap rasa ayam ni, meratah pun ok gak. Anak pun kata sedap. Kalau ada yang teringin nak mencuba, ini dia resepinya saya cp dari blog KNor Secubitgaram

AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah

bahan *----> dikisar.

Cara Memasak:

Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hidang.

2 comments:

  1. kak wattie, mas dah buat ayam ni, sangat sedappp..bila tengok ayam akak ni..terasa jer kesedapan ayam tu kat tekak ni...he..he...

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Memang sedap ayam ni Mas, anak kata nanti mama buat lagi, buatnya pun mudah sangat

    ReplyDelete