Saturday, January 29, 2011

Ayam Madu



Salam semua,

Hari ni tak tahu nak masak apa……… yang terlintas dalam kepala Cuma ayam masak madu, sebab famili semua suka dan insyaAllah habis kalu dibuat.

Jadi, carila dalam fp resepi ayam madu Kak Liza. Dah banyak kali sangat buatnya. Resepinya saya cp dari dapur Kak Liza

AYAM MADU

Bahan
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih



Cara
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis [anggaran 1 senduk].
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
Kacau rata.
8. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

1 comment:

  1. sedapnya menu akak ni...nk tumpang lunch sini boleh?..terliur dh ni..hehe kalau kat penang selalu pi kedai kayu nasi kandaq tu order ayam madu..huhu tak sabaq cheq nk blk..:)

    ReplyDelete