Sunday, January 2, 2011

Kek Pelangi



Salam semua,

Kek yang berwarna warni ini dinamakan Kek Pelangi walaupun tak cukup syarat warna warna pelanginya. Resepi ni saya cilok dari blog Chef Azli yang menamakan Chef Rohimi sebagai tuanpunya resepi.

Terimakasih buat keduanya kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.



Cuba tengok teksturnya, tersangatla halus dan lembut, sedap sangat bila masuk ke mulut, tak terasa, tiba tiba dah berkeping keping masuk dingap, hehehe



Bergerun gak bila tengok kuantiti bahan2nya, jadi, saya cuma buat separuh adunan jer dan bakar guna loyang 9 inci. Ni pun dah banyak nih.

Amacam, ada yang teringin nak try resepi ni dak???? Angkat tangan cepat!!!! Okey, saya cp resepinya, dipersilakan mencuba, nanti feedback balik yer...

KEK PELANGI

Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair - sy ganti marjerin cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim



Cara-cara penyediaan
Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza. (saya bakar sekaligus)Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
Selepas masak sejukkan kan kek.
Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.(yang ni saya tak buat)



Potong sikit dan hantar kat rumah abang sulung sebagai membalas bekas sebab hari tu diaorang bagi bubur asyura. Selebihnya letak dalam tupperware dan bawak bekal balik kampung sebab nak buat kerja menebas sikit....

2 comments:

  1. Assalam..

    Cedapnyerrr cake...pos sini seketoi..ihiiiks

    nak minta tolong vote mwana utk contest feel free to fly, orait?

    Mamawana Top 50 dear......list ke 041 Vote for me please...tq. Syukran. Yang vote mama, doa mamawana semoga kalian sihat dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Aminnnnn.

    http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/01/feel-free-to-fly-contest-poll-undian.html

    ReplyDelete
  2. Wsalam Mamawana,
    InsyaAllah nanti akak tinjau2 camana cara nak vote tu yer.

    ReplyDelete