Wednesday, January 5, 2011

Ikan Bakar Portugis



Salam semua,
Hari ni cuba buat ikan bakar pulak. Ni first time buat ikan bakar. Sebenarnya dah lama saya salin resepi ni klu tak silap beberapa tahun lepas, tapi tak pernah mencuba pun. Disebabkan hari ni angin rajin dah datang, maka jadila resepi ni.



Saya buat ikan bakar ini menggunakan ikan merah. Anak anak dan hubby kata sedap. Mereka makan begitu saja bersama nasi putih, tak payah lauk lauk lain. Kuahnya saja
sudah cukup untuk membangkitkan selera. Saya bakar menggunakan daun kunyit sahaja sebab payah sangat nak cari daun pisang kat taman ini. Daun kunyit pun banyak dan elok jer jadinya kat belakang rumah, daripada kering begitu saja elok juga dibuat membalut ikan bakar ini, baunya pun harum.



Mungkin akan buat lagi dan lagi sebab famili sangat sukakannya. Kepada yang ingin mencuba di bawah ni saya cp dari fp mamasya, terimakasih yer mamasya. Kalau tak silap saya pencipta resepi ni Datuk Chef Wan.

Ikan Bakar Portugis
Sumber FP Nurfikas

Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan - sy guna ikan merah
Daun pisang - sy guna daun kunyit

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

6 comments:

  1. Salam Kak Wattie,

    dah lama tak msk ikan bakar portugis ni...mmg resipi DCW yg popular tu...heheh...pok pek pok pek

    ReplyDelete
  2. salam kak watie, terliurnya nengok ikan ni kak..masa kat kg dulu mak selalu buat ....sedap ni..:)

    ReplyDelete
  3. mmm menyelerakan.:p~ saya bab2 ikan memilih sket, tuka ikan pari ikut resipi ni ok kot kak watie.

    ReplyDelete
  4. To Nuridah,
    Wsalam Nur, Masak lagi Nur, mmg sedap hingga menjilat jari ikan bakar nihhh.

    To Nieza,
    Wsalam Nieza, klu terliuq tunggu apalagi, pi la dapoq buat apa apa yg patut, sedap banget nihhhh..

    To Momma,
    Belasah ler Momma, rasanya ikan apa pun sesuai dibuat ikan bakar nihhh.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya dah try recipe ni tadi. Memang sedap. Kami makan berlaukkan kuah asam. First try saya utk keduanya. Alhamdulillah menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sophrenia,
      Terima kasih kerana sudi mencuba resepi dari dapur saya ya.

      Delete