Friday, June 22, 2012

Red Velvet Cupcake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Ada ker yang menunggu nunggu resepi redvelvet dari dapur saya??? hehehe, perasan pulak kita ni. Entah entah takder siapa yang peduli..... 



Sebelum tengok resepinya, mai la kita sama sama jamu mata dengan hasilan kedua dari adunan yang sama kek si baldu merah yang fofular itewwwwww..... Tak banyak yang ada, cuma 3 ketul jer. Jadila kan buat letak dalam blog kita. Nanti kalau ada orang tanya bolehla kita dengan bangganya berkata kita dah pernah buat kek itu.


Oklah, tak mau buang masa, jom kita semak resepinya. Resepi kali ni saya skodeng dari dapur Ayu, dapur Ayu yang original ya, bukan dapur yang ciplak, harap maklum. Terimakasih Ayu.

RED VELVET CAKE 
Source : Ayu 

Ingredients:- 
12/3 cup self raising flour-(12/3 cawan tepung naik sendiri)
2 tbsp cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)-(2 sudu besar serbuk koko) 
1/2 tsp baking soda-(1/2 sudu kecil baking soda) 
110g butter-(Ayu used 125g)-(110g mentega-Ayu gunakan 
125g) 1 cup fine sugar- (Ayu used 3/4 cup)-(1 cawan gula halus-Ayu gunakan 3/4 cawan ) 
 2 large eggs-(2 biji telur besar) 
1/2 cup milk-(1/2 cawan susu) 1/4 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup)-(1/4 cawan buttermilk-Ayu buat 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka biarkan hingga 15-20 mint- digunakan hanya 1/4 cawan untuk resipi ini ya) 
1 tsp vinegar-(1 sudu kecil cuka) 
1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel-(Ayu used 11/2 tsp wilton-no taste)-(1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- ayu gunakan 11/2 sudu kecil wilton -no taste) 

Method:- Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients(sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked-(Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering(Yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.)


Cream Cheese Frosting 
250g Philadelphia cheese-(250g cream cheese) 
125 butter-(125 mentega) 
1 cup icing sugar-(Ayu used 1/4 cup)-(1 cawan gula ising-Ayu gunakan 1/4 cawan) 
1 tsp vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen) juice of a squeezed slice of lemon-(Ayu used 1 lime juice)-(jus dari 1 hirisan lemon-Ayu gunakan 1 biji limau sambal) 
 Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.-(Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.) 

 Chocolate Ganache 
200ml double cream with at least 30% fat content-(Ayu used whippping cream)-(200 ml whip krim) 250g dark chocolate, chopped finely-(250g coklat gelap di cincang halus) a pinch of salt-(secubit garam) 
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed. Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top-(Menggunakan kaedah double boil, cairkan whip cream hingga panas, masukkan coklat, & garam kacau rata. Biarkan kek sejuk betul2 baru sapukan cream cheese frosting dan tuangkan coklat ganache di atas.


Buttercream Frosting:- 
125g unsalted butter-(125g mentega tanpa garam) 
75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)-(75g shortening-Ayu gunakan 1/2 shortening 1/2 lagi krimwell) 100g confectioner's sugar-(100g gula ising) 1 tsp pure vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen) 1-2 tbsp cocoa powder-(up to preference for darkness- not too much if dont want bitter)-(1-2 sudu besar serbuk koko-(ikut suka nak gelap mana- jangan banayk sangat nanti pahit pulak) Beat all the above except cocoa powder till smooth . Add cocoa powder and mix well. ready for piping.-(Pukul kesemua bahan kecuali serbuk koko hingga gebu. Masukkan serbuk koko dan gaul rata. Siap untuk di pipekan)

 

20 comments:

  1. akak pun teringin nak buat..
    bila ada yg tanya pernah buat..
    akak akan cakap..pernah
    macam wattie cakap tu :)
    cantiknya gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Kasih, apalagi mai kita ramai ramai buat kek si baldu merah ini

      Delete
  2. Watie ..kak ros pun belum pernah buat ni.Nak mencuba la juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Rosssssss, dipersilakan dgn segala hormatnya...

      Delete
  3. Assalamualaikum kak Wattie,
    Ramai yg peduli kak termasuklah iza...hehhehe...
    Selamat bersua kembali.
    Mengancam abis red velvet kak wattie ni, sure sedap.
    Kak Wattie, iza ni lom pernah wat red velvet...budak baru nak belajar la katakan...hihihi...nak tanya...yg kak wattie taburkan kat atas tu apa yer...lagi satu color merah tu kak wattie guna wilton ke atau yg biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Tkasih Iza, terharunya rasa hati ini, rupanya masih ada yang peduli dekat kita huhuhu. Cubala buat Iza, hasiltangan Iza selalunya mengancam habis hehehe. Taburan kat atas tu adalah serdak kek redvelvet tu sendiri. Warna merah tu pula akak guna warna merah brand Wilton red red.

      Delete
  4. Hei Wattie sayangg.... kami sentiasa ternanti2 resepi apa yang Wattie nak kongsi bersama! Lautan luas sanggup kuredah semata-mata nak jengok dapur Wattie... he he he hhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih banyak Amie ku cayang, terharu rasa hati kekanda mendengarnya......

      Delete
  5. salam watie,
    akak ni dah lama teringin nak buat rvc ni tapi sampai skrg belum lagi jadi kenyataan tunggu mood ni cantik snagat rvc tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Noor,
      Betul tu Kak Noor, kalau nak buat biar mood mai baru elok kejadiannya...

      Delete
  6. nmpk moist sgt rvcc nih... warna merah tu pun cantik sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fnf, kek ni mmg moist dan lembut......sedap tau...

      Delete
  7. betul tu kak..xkisah bpe ketuii yg ade...yg psti bile org bertnye...kita bleh katakan dh penah buat...suka statement akak tu...comeiii RVCC tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa Qasey, akak pun suka statement itewwwww........"ala kita dah pernah buat" heheheh

      Delete
  8. Salam kenal Wattie.
    nampak sedap sekali cupcake ni...belum pernah buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dan salam kenal juga Norzzie,
      Tkasih sudi singgah sini, bolehla cuba rvc tu...

      Delete
  9. Slmt berhujung minggu sis. RVC dg topping cheese....sedapnya... ...betul tu, bila org tanya..kita dah boleh jwp pernah buat juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Mamasya. Betul tu, takderla kita terasa cam jakun pulak kan heheheh

      Delete
  10. saya tak tau la bila nak cuba buat kek ni..rasa pun tak pernah lagi..heeheh

    akak cantik la cc akak ni..dah bakar dia nye cup tu tak tertanggal..elok kemas je lekatnya..saya kalau bakar cc kadang2 tu suka terbukak cup nye...akak letak apa ye? ada secret ke? heheheh

    saya baru2 ni cuba nasi briani ayam akak tu tapi rempah tak buat sendiri pakai yg segera...terimakasih kak..sedap..saya siap hantar masjid jumaat lepas..heheheh..mintak halal ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala buat kek ni Q. Takada secret recipe apa apa Q, akak ikut seratus peratus resepi asal, cuma mungkin nasib menyebelahi akak kot, elok jer kejadiannya, terkadang akak buat cupcake lain pun lekang juga, berkemungkinan disebabkan bahan bahan yang terkandung di dalamnya.

      Tkasih Q kerana sudi mencuba resepi nasi briyani ayam tu, seronok kita mendengar bila ada org cuba resepi dr blog ini dn menjadi, alhamdulillah. Resepi mmg untuk dikongsi bersama......jangan risau ya, amik ajala yg mana satu pun, akak halalkan.....

      Delete