Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Apa khabar kengkawan semua? Harap semua sihat ya. Cuaca panas terik elok jer kejadiannya dua tiga hari ni, tak seperti minggu minggu yang lepas, sampai gelap dalam rumah sebab kain baju lembab bergantungan di sana sini, maklumla tak cukup tempat nak menyidai baju. Ops, jom kita tengok projek saya untuk kali ni.....
Projek kek aiskerim ni tak adalah kita merekaciptanya hari ini ya. Agak lama juga dah dibuat kek ini sebenarnya. Inilah penangan iklan Baskin n Robbins yang kerap ditayangkan di tv, tergoda betul kita kat sini melihatnya. Cantik dan kemas aja hasilan yang diiklankan. Setahu saya kek aiskerim ni mahal harganya kan.
Kebetulan pula, beberapa minggu yang lepas, saya ada menyalin resepi kek aiskerim ni dari blog simanis Rahel, yang gambar dari blognya telah terpampang di dada majalah JELITA keluaran May 2012, TAHNIAH ya Rahel cayang, you deserve it!!! Sememangnya blog yang banyak memberi manfaat kepada semua senantiasa menjadi pilihan ramai. Kagum saya sebenarnya kerana kini blog masak masak kian mendapat tempat di dalam majalah majalah tempatan. Majulah blog untuk semua, hehehe.... Jom kita semak bahan bahannya :-
Sponge Cake
Sumber : Buku Resepi/Alex Goh
Sumber : Rahel
Bahan (A): 4 biji telur (gue guna telur gred B)
120g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanila
Bahan (B):
110g tepung (gue guna tepung gandum,diayak)
Bahan (C):
70g mentega cair (gue guna minyak masak je)
Cara:
1.Pukul bahan (A) hingga ringan dan gebu.
2.Masukkan bahan (B) dan sebatikan dengan rata.
3.Masukkan (C) dan gaulkan.Warnakan adunan.Bahagi kepada 2 bahagian.
4.1 bahagian adunan di bakar dalam loyang bulat 8" inci (yg ni utk base ais krim) selama 20 minit pada suhu 175'C.
5.1 bahagian lagi dibakar dalam loyang empat segi 8"x8" (yg ni untuk alas tepi) selama 20 minit pada suhu 175'C. *Setelah kek masak,segera keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya. *Kek ni sangat lembut dan gebu,jadi tak perlu bagi baking powder dlm adunan.
Bahan Kek Ais Krim
Sumber : Rahel
1.5 liter ice cream vanilla (pilihan) (sy guna aiskerim perisa campuran, coklat, vanila, straw)
50g coklat masakan,disagat (saya tak letak)
16 keping biskut oreo yg sudah dibuang krimnya,potong kecil2 (sy hiaskan di atas kek aja)
Sponge Cake acuan spring foam 8",lapik dasarnya dengan kertas plastik
Cara: 1.
Ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang bulat 8",letak dalam acuan spring foam 8".
2.Kemudian ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang empat segi 8"x8" dan potong ikut ketinggian tepi loyang,alas tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.
3.Satukan ice cream vanila dan potongan biskut oreo,kaup balikkan,kemudian tuang ke dalam acuan yang berisi kek tadi,isi sampai penuh,taburkan coklat sagat di permukaan atas.Bungkus kemas dengan kling wrap,kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 6 jam atau sebaik-baiknya simpan semalaman baru hidang.
Dah terlanjur ambil gambar kek yang belum dimekap, kita letak jugalah gambar tu kat sini untuk tatapan semua. Kek ni memang sedap, kek aiskerimla katakan, aiskerim aja dah sedap, inikan pula bila ditambah dengan kek, biskut dan frosting lagi, maunya tak berganda ganda kali sedapnya. Sudi sudikanlah ya.......
salam kenalan..sedapnya kek eskrim, rajinnya watie..dah lm teringin nk buat..ms lepak kat dapur rahil pun da niat nk buat tp lum buat jg lg..
ReplyDeletehahaha..part biskut oreo hilang tu buat kak ros geli hati betul..budak2 ni betul lakan???
ReplyDeletebestnya kek tu k wattie...sy ni berutang nk buat kek eskrem ni lama dh ngan kawan...tak tertunai2 lagi..tak sampai seru lagi...muahahaha
ReplyDeletewah kak wattiee...menariknyaaaa......leleh air liur
ReplyDeleteOh Wattie ku sayangggg.... nampaknya Amie kenalah ambil kursus khas untuk belajar buat kek! Kagum sungguh dengan kreativiti dan kesungguhan Wattie menyiapkan setiap kek ....mmmm memeng kek aiskrim mahal kan Wattie...
ReplyDeletecantiknya Wattie,kena bagi tabik hormat sbb rajin dan pandai nya buat ni kalau kak Noor yg buat hancus lah kek ni rasa nya haha
ReplyDeletesangat cantik dan sangat menjadi! kite tak penah makan lagi eskrem baskin robin yang jenis kek. tak mampu nak beli. mahal sangat.nak buat sendiri tak berapa nak cukup alat.
ReplyDeleteaduh sedapnye....tulun...tak sanggup membayangkan rasa kek aiskrim ini
ReplyDeletewah ! teruja melihatnya...!
ReplyDeletebole try nie nnti....
Hem...hem..hem...
ReplyDeletenak kek aiskim sepotong..boleh ye..hihihi...terlewat sampai..semestinya kek dah abis..boleh tau bah...huhuhu..
Kek aiskim memang mahal..tengok kat kedai kek pun dah mencecah RM60-RM70 ....baik buat sendiri kan...
tima kacih geng sudi perpanjang resepi kek aiskim ni..
As'kum waduhhh sampai dah lewat.. ada lagi tak kak?? hehee.. waduhh memang cantik dan kemas aje kejadian kek eskrem tu.. waduhh kecur tak sudah ni.. mata tak berkelip scroll down sampai ler ke bawah... hadoii terpaksalah ke baskin hehe... membuatnya sangatlah 'RAJIN' kan..
ReplyDeleteaduiiiii....saya tak tau la bila nak cuba ni kak wattie...tengok je la org duk buat...huwaaaaa...nak jugakkkkk..sedapnyaaaa!!
ReplyDeleteSalam k.Wattie.mengancamnya tengok kek aiskrim tu.....kekpun cantik...sedapnya. nak buat belum ada kerajinan lagi....tumpang jamu mata kek k.Wattie dulu....
ReplyDeleteasslm Kak Watie...cmne nak buat ni..hati dh bkenan la dgn kek aiskrim tu...ade lg x..nk rasa jugak sepotong...hihi..nmpk sedap n mnarik!
ReplyDeletewahhhhhhhhhh..!
ReplyDeletesalam kak wattie..
ReplyDeletesedap tengok kek ni dah lama teringin nak wat tp blm menjadi2 lagi