Tuesday, June 26, 2012

Red Velvet Cake In A Jar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ada yang dah boring tak dengan n3 red velvet cake saya ni??? Siapa yang boring angkat tangan!!!, hehehe. Fuhhh!!!.... ramainya, apa nak dikata, kita minta maaf banyak banyak ajalah yer. Kita kena jugak letak n3 ni sebab gambar2 dalam n3 kali ni adalah gambar2 yang paling kita suka tengok. Kalau tak suka, pejam ajalah mata tu. Tapikan, rugi tau, alang alang dah terlanjur singgah di sini, jomlah ikut sekali kita sama sama jamu mata dengan gambar gambar kat bawah tuuu...... zaaaasssssss
Nak tahu mana saya dapat balang buat mengisi kek ini? Jangan tanya kat kedai mana saya cari balang ni yer sebab sayapun gunapakai balang jem strawberry yang ada dalam simpanan. Yang ada pun satu balang ni saja pun. Sebelum sebelum ni tak pernah pulak terfikir kek dalam balang ni akan jadi trend terkini. Jadi, balang2 jem yang kita makan sebelum ni semua kita dahpun bakulsampahkan. Kalaulah dari dulu kita dapat baca trend trend kek yang bakal muncul, maunya saya himpun dan simpan balang2 tu semua. Tapi tu lah kan, itu semua adalah rahasia Allah.
Psssttt..... mai kita nak habaq dari mana kita dapat semua hiasan untuk kek dalam balang ni...hehehe, Pun kita gunapakai barang barang yang sedia ada, recycle....jimatkan...Tali, rerama dan manik2 ni semua kita rembat dari bunga telur yang kita dapat. Maklumla masa kek redvelvet ni dibuat, masa tu cuti sekolah, jadi ramailah orang yang adakan kenduri kahwin kan, jadi salah satunya bunga telur tu la.
Cerita pasal lilin ni pula ya. Mula mula kita pacakkan satu batang aja kat dalam kek tu. Kita pacakkan yang kaler pink. Tapi bila anak kecil kita, Zaheen nampak, dia kata cenggini "Mama, kalau birthday boy, kena letak warna biru. Oppss, ya ke??? Untuk tidak menghampakan, kita pun pacaklah lagi satu lilin kaler biru pula kat sebelahnya. Lepas tu, dia nampak pulak lilin kaler kuning, spontan aja dia sebut cenggini "Tapikan mama, kalau letak warna kuning pun cantik juga" Hah, sudahhhh, gitu pulak. Payah payah sangat, kita pacak semua hahaha. Itulah jadinya sampai 3 batang lilin kat dalam balang tu. Mujur juga kaler tu jer yang ada, kalau tak maunya kita kena pacak semua lilin kat dalam botol tu, baru meriah betul....
Lepas tu, tak habis lagi.....Zaheen kata lagi. "Mama, kena nyalakan lilin tu baru cantik!" hahaha pandai juga anakanda bonda ni berimaginasikan. Memang mama pun akui kalau dinyalakan, makin bertambah cantiklah jadinya. Tapi, kali ni mama tak dapat nak tunaikan permintaan Zaheen sebab nanti lelehan lilin tu akan terkena kek, lagipun mama cuma nak buat hiasan saja. Zaheen diam aja,.....alhamdulillah.
Jangan tak tahu, sudu ni pun sudu cenderahati kenduri kahwin jugak, hehehe
Kalau dah santap separuh dan rasa kenyang. Tutup aja dengan penutupnya macam ni dan simpan untuk dimakan kemudian nanti. Kenyang tau makan kek dalam balang ni sebab kuantitinya boleh dikatakan banyak juga.
Terimakasih ya, kerana sudi berkunjung dan melayan gambar serta omong omong kosong kita ini.....jangan lupa singgah lagi ya..

10 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie

    sihat ke? Semenjak 2 menjak nie dh jarang2 kita bersembang ya....hehehe...cantik hiasan tu dn gambar pun nampak menarik...menjadikan pandangan bertambah segar menatap gambar tu....hahaha.

    ReplyDelete
  2. salam kak wattie .. dah jadi trend sekarang cake dalam botol cenggini.. famous sungguh ..hihi ...wani pun x sangka boleh timbul cake in jar ... yang kak wattie buat tu boleh dah nak buat hantaran dah

    ReplyDelete
  3. wah....kite pon tengah tunggu jem yang tak habis ni. nak beli sendiri balang tu idok le kot...

    ReplyDelete
  4. akak bakar skali ngan balang ni ke akak letak kek ngan icing dlm balang ni?

    ReplyDelete
  5. Zaassssssssssssssssssss sedappppppppppp.. hehehe.. balang jem pun balang jemlah.. cantik dan yummehhhh tuuu

    ReplyDelete
  6. salam kenal watie..berziarah disini dan follow..cantik la RVC dlm jar..berkenan tgk:)

    ReplyDelete
  7. Kreatifnya Wattie... ada aje idea dia nak dikongsi!

    ReplyDelete
  8. Jadi trend pula skrg ni kan? Sariyusa tu siap buat bisnes lagi. Rasanya raya nanti sesuai tak hidang kek dlm botol gini? kena simpan peti ais kan?

    ReplyDelete
  9. mmg trend kt msia ye...tp praktikal sgt...selain cantik kalau tak hbs mkn leh tutup botol dan simpan esbok...tak payah cari tpprware utk simpan kan.

    ReplyDelete
  10. salam rindu k.wattie..iyelaa cun sehh taruh kek lam jar cenggini kan kak! i loiike!!

    ReplyDelete