Sunday, February 19, 2012

Kuih Bakar Berlauk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Kueh yang dah lama sangat teringin nak buat, tapi tak terbuat buat, asyik dok tertangguh jer. Dua, tiga hari lepas baru berkesempatan mencubanya. Alhamdulillah, walaupun baru pertama kali mencubanya, hasil yang diperolehi tidak mengecewakan. Berbaloi baloi ler mencubanya. Terimakasih diucapkan buat KFida MYR yang telah berkongsi resepi istimewa ini.


Dan bahan bahannya adalah :--------


KUIH BAKAR BERLAUK
kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 biji lebih )

600 g tepung gandum
2000 ml santan -drpd 1 1/2 biji kelapa atau 500ml santan KARA+air
5 biji telur
2 sk garam
1/2 jari halia -ditumbuk kasar
1 sb warna kuning

BAHAN LAUK :-
300 g daging cincang -tapis dan siram bersih
2 sk lada putih biji*
1 sk jintan halus*-disangar
1 sk jintan kasar*-disangar
4 biji bawang kecil*
3 hiris halia*
5 sb minyak msk utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka (akak tk bubuh)

BAHAN TABUR :-
1 pokok daun sup-dihiris
2 batang lada merah - dibuang biji dan hiris
1/2 cawan bawang goreng



Cara-cara
Cara menyediakan lauk :- Bahan2 bertanda ditumbuk halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kering dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Bubuh garam dan perasa secukup rasa,tambah sedikit air jika perlu dan masak lagi hingga kering.Sejukkan.

Dalam sebuah mangkuk,satukan telur,garam,halia dan pukul dgn hand whisk sebentar dan masukkan tepung,santan dan gaul hingga rata dan ditapis.Masukkan 1/2 bahan2 tabur dan 1/2 bahan lauk kedalam adunan tepung dan gaul rata.Bubuh pewarna kuning dan gaul rata.

Panaskan acuan,sapu sedikit minyak lalu tuangkan adunan dan taburkan lagi lebihan daging dan bahan tabur diatasnya.
Bakar hingga masak di dalam oven yg telah dipanaskan dulu.
**Jika menggunakan acuan tembaga bertutup,bakar di atas api dapur hingga masak.
**Jika menggunakan acuan timah atau loyang,bakar dlm oven hingga masak.



CARA kak fida:- akak menggunakan 2 acuan timah tk bertutup.Panaskan acuan atas api perlahan dan sapu sedikit minyak,tuang adunan dan tutup dgn baking tray(tutup periuk pon boleh lah) hingga 1/2 msk dan masukkan pula ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar hingga masak, lebih kurang 15-20 min pd suhu 180C.

**Satu lagi....bahan lauk dan bahan tabur,kesemuanya akak masukkan sekali kedalam adunan tepung dan gaul rata.Sentiasa digaul sebelum menuang adunan ke dlm acuan supaya kuih bakar ada lauk dlmnya…




9 comments:

  1. Salam Kak Wattie...Ishhh terguda saya tgk kuih bakar berlauk ni..mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  2. x penah mkn ni kak wattie...rasa cam kuih cara berlauk kot?

    ReplyDelete
  3. nmpk mcm cara berlauk. tun xpernah makan nih.

    ReplyDelete
  4. dah lama teringin nak sendiri...huhuhu
    cantikk sangat
    menitik air liur ni..

    ReplyDelete
  5. akak macam kuih cara jugak ye...teringin nak rasa inti kak fida ni sebab ada letak jintan..mesti sedap...:)

    ReplyDelete
  6. Assalam kak wattie
    kuih bakar berlauk ni kita dah lama masuk list tapi tak terbuat2..nak buat tapi pergi ke recipe yang lain pulak..heheh..cantik kuih akak ni..terliur dibuatnya dapat makan time petang2 memang best ni..

    ReplyDelete