Thursday, February 9, 2012

Ayam Gajus Ala Nyonya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu ayam memang tak lekang dari blog WattiesHomeMade. Resepi kali ini memang saya jamin sungguh sedap, sedap pada tekak sayalah ya. Nanti ada yang makan tapi tak sedap, janganla marah kat saya pulak ya, lain orang lain citarasanya ya dak.


Sejak kebelakangan ini, menu Cina Muslim menjadi pilihan sesuai dengan selera saya yang gemarkan kelainan di dalam masakan. Sebelum ini, saya selalu menyajikan hidangan India Muslim, jadi untuk famili tidak merasa bosan dengan resepi yang sama, saya mencuba pula resepi Cina Muslim. Kiranya seminggu dua ni demam masakan Cina Muslim la pulak, baru lengkap konsep 1 Malaysia di dalam hidangan hehehe......


Keenakkan dan kelainan resepi ni terletak pada bunga kantan yang diracik halus dan dimasak bersama, memang sedap sesangat. Nak tau macamana buatnya?. Jom, kita semak bahan bahan yang terkandung dalam resepi sempoi ini.


Resepi yang ditukil dari laman Mesra.Net ini adalah sumbangan Chef Hanz dari Kolej Komuniti Sg Petani. Terimakasih ya Chef kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini. Izinkan saya untuk perpanjangkan pula di sini, mudah mudahan ianya bermanfaat buat semua.

Ayam Gajus Ala Nyonya
Kiriman: ChefHanz
Sumber: Kolej Komuniti Sungai Petani

Bahan-Bahan:
500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sbb bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seosoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang untuk hiasan

Note : Saya tambahkan 2 sb cili kisar bagi rasa yang lebih pedas.


Cara:
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.


Cadangan Hidangan:
Hidang masakan ini panas. Ia sesuai juga dimakan bersama nasi pada waktu tengah hari atau malam.Mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.
Tambahan:
Jika anda inginkan masakan ini berkuah,tambahkan secawan air bersama satu sudu besar tepung gandum kedalam masakan.


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.....





7 comments:

  1. ni menu 5 bintang ni k wattie...kalo buat pakai kacang tanah bole tak? hahaha..
    saja mengusik k wattie..dulu kt tmpt sy ni ada rest chines muslim ni.. sama menu ni..ayam baba namanya..skrang dh tutup x merasa dah

    ReplyDelete
  2. mintak sikit nak makan dengan nasi panas..hehee

    ReplyDelete
  3. kak watie .. masuk sangat la kita berdua .. hihi wani memang suka kalau sal masakan cina dan india ni hihi .. wah kak watie tengok ke bahan2 tu dah tau sure sedap menjilat jari niiiii

    ReplyDelete
  4. sedapnyer ayam gajus..suka sangat ayam masak style gini..
    mekasih ya kak Wattie tolong tukilkan dr mesra net sana..
    ada masa sesuai nanti leh try..

    ReplyDelete
  5. Pandainya memasak...keep it up :)

    ReplyDelete