Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ada berbagai bagai cara orang menyediakan ikan sumbat sambal. Ada yang goreng ikan terlebih dahulu baru dimasukkan sambal, ada yang masak sambal dahulu, ada juga orang yang tidak buang kulit ikan dan digoreng terus begitu sahaja sebelum disumbatkan dengan sambal, ikut selera memasingla kan.
Bagi saya, saya sukakan cencaru yang disumbat sambal terlebih dahulu, kemudian baru digoreng. Sambalnya akan terasa lebih sedap selepas digoreng, ikannya pun lebih garing. Resepi di bawah ini adalah daripada arwah ibu saya dan adalah antara hidangan kegemaran kami adik beradik. Arwah ibu akan menumbuk cili kasar kasar, begitu juga dengan bawang, semuanya di tumbuk kasar2 agar bila dimakan akan terasa keenakkannya. Walaupun kadangkala ikan yang digoreng kelihatan hangit, namun kesedapannya masih lagi terasa.
CENCARU SUMBAT SAMBAL
Bahan bahannya
6 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan dibuang kulitkan.
7 biji cili merah
3 biji cili padi - jika suka pedas
1 biji bawang besar
1 in belacan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato dipotong 6 atau lebih ikut kesesuaian
Cara-caranya
1. Ikan cencaru dibersihkan dan dibuang kulitnya. Kemudian dicuci bersih dengan air asam dan garam. Toskan dan belah belakang. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Cili merah, bawang merah dan belacan ditumbuk/dikisar bersama. Masukkan juga air asam jawa dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Sudukan sambal ke dalam ikan yang telah dibelah tadi. Sumbatkan hirisan tomato agar sambal tidak meleleh keluar. Buat begitu sehingga selesai semua ikan.
4. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sehingga masak. Hati hati kerana minyak mudah terpercik.
5. Angkat dan toskan. Hidang bersama nasi panas dan kari ikan serta lebihan sambal tadi.
Selamat menjamu selera
Sedapnya wattie...mkn panas2...fuhhhh...memang tak toleh kiri kanan dah ni...:)
ReplyDeletesedapnya klau dpt mkn cencaru ni dgn nasi panas...lapo terus dbuatnya...
ReplyDeleteSalam...Kak Wattie...ikan cengcaru memang peberet tapi belum pernah cuba yang versi ada tomato macam ni....Len kali boleh cuba jugaaa ni....
ReplyDelete