Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Bertemu kita sekali di hari Isnin. Semuga hari ini lebih baik dari hari hari yang sebelumnya, insyaAllah.
Hari ni nak skip n3 masak masak yer, macam biasalah nak selangseilikan dengan kisah2 keluarga. Mari kita bersama sama menghayati kisah sedih si kucing Tuah.
Tanggal 24hb Januari 2012. Pagi itu, seperti biasa saya ke dapur untuk memulakan aktiviti masak memasak. Tiba tiba sayup kedengaran bunyi anak kucing mengiaw, semakin lama semakin kerap dan semakin kuat bunyi itu kedengaran. Hati ini tertanya tanya kucing siapakah itu? Perasaan ingin tahu membawa saya keluar melalui pintu dapur untuk mencari arah datangnya suara kucing tersebut.
Di belakang rumah, di celah celah rimbunan pokok pandan, di atas lantai simen, seekor anak kucing telah dilahirkan. Anak kucing yang masih bertali pusat dan beruri itu merangkak rangkak kesejukan sambil mengiaw giaw, kelaparan barangkali. Saya memandang ke kiri, lalu ke kanan, mencari cari di manakah ibunya, namun tidak kelihatan. Tiba tiba hati kecil ini terasa kasihan yang amat sangat. Anak kucing comel ini ditinggalkan ibu dan bapanya bersendirian setelah dilahirkan. Hampir hampir saja kucing itu jatuh ke dalam longkang. Saya mencari cari kotak yang sesuai buat meletakkan anak kucing tersebut. Mujur juga ada kotak limau mandarin pemberian kawan hubby sempena Tahun Baru Cina. Jadi, kotak itulah saya ambil dan setelah dialas dengan kain lampin terpakai anak, saya bawa ke belakang untuk meletakkan anak kucing tersebut. Anak anak saya AminFayyadh dan Zaheen tak habis2 mengekori saya ingin ikut serta membantu. Kebetulan hari itu Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.
Setelah kucing diletakkan ke dalam kotak, saya terfikir pula cara untuk menyusukannya. Terlintas di fikiran ini untuk menggunakan plastik aiskrim sebagai botol susu. Saya masukkan susu ke dalamnya, potong sedikit di bucunya dan siap.......Lalu saya cuba menyuap ke dalam mulutnya. Mula mula kucing tersebut menolak, tapi lama kelamaan dia minum sepuas puasnya, gembiranya rasa hati kecil ini. AminFayyah juga cuba menyusu anak kucing tersebut. Alhamdulillah, setelah habis menyusu, dan diletakkan kembali ke dalam kotak, kucing tersebut diam sebentar. Bila ku belek2, rupa2nya dia tidur.
Anak anak siap berebut rebut nak menamakan kucing comel tersebut. AminFayyah nak letak nama Dragon Tuah, hahahah....katanya sebab tahun baru cina tahun ni tahun naga, jadi dia nak letak nama dragon kat depan. Yang si adik pulak, entah apa apa nama siri kartun yang terdapat dalam tv yang disebut2nya, kelakar aja kedengaran bunyinya. Last last sekali nama Tuah Si Comel menjadi pilihan semua.
Selepas beberapa jam tidur, Tuah menangis lagi, kali ni AminFayyadh mengambil giliran menyusukan. Maka, begitulah selanjutnya, setiap 2 jam AminFayyadh akan menyusukan Tuah. Tuah pun nampak semakin selesa dengan suasana baru dan ibubapa baru hehehe...
Suka sangat saya melihat wajah Tuah, comel sangat. Masa ni mata Tuah belum terbuka lagi. Bulunya pun masih basah basah lagi.
Selepas makan Tuah pasti akan tidur nyenyak. Aktiviti ini berlarutan sehingga ke malam. AminFayyadh nampaknya sungguh sayangkan Tuah, sekejap sekejab dibeleknya. Bila malam, Fayyadhlah yang bangun memberi susu kepada Tuah.
Keesokkan harinya..............
kesiannya..sayu je hati tgok gambar 1st n 2nd tuh..
ReplyDeleteAda sambungan ke cerita ni Kak Wattie? Hopefully semuanya ok dan selamat dgn Tuah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Wattie...Ala ciannya anak kucing tu, sedih tengok gambar2nya, tapi mmg bertuah Tuah ni dpt keluarga yg menyayanginya...Oh ya, thanks akak ucapkan sudi dtg ke blog akak tu, akak follow sini yea.... :))
ReplyDeleteWattie, apa khabar ...
ReplyDeletebila tngk kucing tu dah kena mandi .. comey aje ... jatuh kesian tu bila lepas minum dia tido ... :)