Friday, June 17, 2011

Rendang Ayam Ala Minang

Salam dan selamat petang semua,
Hari Jumaat, penghulu segala hari menjelma lagi. Harap semuanya berada didalam keadaan yang baik baik saja ya. Terasa cuaca panas sangat hari ni, letihla pulak, dalam dok baring baring sambil nonton tv, terlelap jugakla mata ni sekejap.

Tengahari tadi saya masak rendang ayam ala minang. Resepi amik kat rumah Kak Ina KL. Terimakasih ya Kak Ina. Lama juga saya tak buat masakan minang ni, sekali sekala nak jugak tukar tukar juadah kan. Hmmm, nampaknya tak ada cerita menarik yang nak ditulis hari ni, jadi jom layan ajala resepi yang sempat disediakan,

RENDANG AYAM ALA MINANG

Bahan-bahan:

1 ekor ayam-potong 12-16 (akak guna ayam kampung..kalau ayam pencen aka ayam tua pun sodap ni..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.)
20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
2 sudu besar jintan manis*
2 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*
15 biji bawang merah#
8 biji bawang putih#+
1 inci lengkuas#
2 inci kunyit hidup#
6 batang serai#
3 batang serai-tumbuk hujung
3 helai daun kunyit-siat dan simpul
1kg santan kelapa
2 cawan air
4 sudu makan kerisik
sedikit minyak
garam dan sedikit air asam jawa
nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer


Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

6 comments:

  1. Assalam Kak Wattie, rendang ni nampak sedapla..sib baik dah lunch kalau tak sure terliur ni..hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum akak..
    wah.. rendang ayam tun biasa mkn time raya je. hihi... tun x pandai makan ayam kampung, liat.. kalau wat guna ayam bandar je la.

    ReplyDelete
  3. assalam kak wattie,
    sy pun tak pernah rasa lagi rendang minang ni..resepi dah ada boleh la try nnt..dah panjang mcm gerabak keretapi lak waiting list nih...hehehe..
    btw, sy dah cuba ayam lada hitam amik dari sini..tkasih kak wattie tlg panjangkan, sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Watie,
    kat sana panas, kat sini hujan la pulak. tp macam akak, tengahari dok baring2 sure terlelap depan tv.hehehe... sedap nampak ayam minang tu...tak pernah cuba lagi.
    Ijan

    ReplyDelete
  5. Nieza,
    Wsalam. Memang sedap ni Nieza, klu dah lunch nanti dinner leh makan

    Kasihredha,
    Makan ngan apa apa pun sedap.....dijamin best

    Tun Telani,
    Wsalam. Akak pun guna ayam pekan sebenarnya Tun
    cepat sikit masaknya.

    Iza Akma,
    Wsalam. Resepi ni akak pun baru cuba Iza, mmg best.
    Tkasih Iza sudi try resepi mama asmah laili tu...sedapkan

    Ijan,
    Wsalam. Tu la, dua tiga hari ni panas betul. Cubalah ayam minang ni, mmg sedap

    ReplyDelete