Wednesday, June 29, 2011

Nasi Ayam Chef Wan


Salam dan selamat pagi,
Waaaaa.....kejap aja lagi dah tengahari. Jemput makan nasi ayam semuaaa.....resepi Chef Wan ni tau, jangan malu malu, sila, sila.....

Semenjak mencuba buat nasi ayam sendiri tak lama dulu, terasa nak buat lagi dan lagi......sedap sungguh la bila merasa air tangan sendiri, berbaloi baloi, puashati sungguh, makan pun leh bertambah.

Cuba tengok ayamnya......nampak bestkan....heheheh masuk bakul angkat sendiri lak saya ni.

Resepi ni saya cp dari rumah Ummi. Resepi asal dari rumah Nur. Terimakasih Ummi dan Nur ya, tak lupa juga buat tuanpunya resepi chef selebriti kita Datuk Chef Wan. Paparan saya ni biasa biasa aja, mana nak leh challenge yang Nur dan Ummi punyakan, nampak soooo sedap n hebat.....maklumlah mereka semua dah pro....kita ni amatur lagi.....heheheh, kan, kan....

NASI AYAM CHEF WAN

Bahan-Bahan Untuk Nasi:
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara:-
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

Cara menyediakan ayam:-

1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

Cara-Cara:-
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.


Bahan Sos Lada (My Style):-

5 - 6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
2 inci halia - diketuk

Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.


7 comments:

  1. hari ini akak datang awai
    sure masih ada nihhh...penuh mgharap..hihi
    melihat ayamnya itu...perrrghhh

    ReplyDelete
  2. Sedap Kak Wattie. Boleh tak Kaz nak jadi jiran sebelah rumah Kak wattie. Boleh mengendeng2 minta masakan Kak wattie, hehe.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie syg,uii sedapnyer nasi ayam nih,resepi chef msti sempoi kan,nanti nak try resepi nih lak la..

    ReplyDelete
  4. alamak terliur la tgok nasi ayam tu...yum3..

    ReplyDelete
  5. bestnye tengok paha ayam tu...rasa nk cubit2 aje..heheh

    ReplyDelete
  6. Menu lengkap yang sedap dan menyelerakan....:)

    ReplyDelete
  7. Kasihredha,
    Sila 'o' sila jangan malu malu, masih ada banyak lagi ni.....

    Kaz,
    Boleh aja Kaz tak da masalah

    Zaliedana,
    Wsalam. Resepi chef la katakan....cuba Dana jangan tak cuba

    Sharifah Nadzarah,
    Kalau terliur mai makan cepat, takut kempunan pulak nanti.

    Nuwairani,
    Cubitla Wani, takder masalah

    Cik Cek,
    Alhamdulillah.......juga senang untuk menyediakannya

    ReplyDelete